• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. Zamihan Jawab Fitnah Mufti Perlis!

oleh Ahmad Albab
09/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr. Zamihan Mat Zin Al Ghari menafikan beliau telah menerima surat jemputan untuk berdebat dengan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin.

Kata Zamihan, beliau terkejut apabila Mufti Perlis mendakwa beliau bersetuju untuk menyertai debat yang cuba digambarkan oleh Mohd. Asri sebagai wacana ilmiah tersebut sedangkan beliau sendiri masih belum menerima atau melihat surat jemputan itu.

“Aturcara pula mengikut seleranya apabila menjadikan 10 Februari sebagai tarikh wacana. Walhal pada tarikh itu saya bertugas memulihkan pengganas dan penjenayah di penjara Machang, Kelantan.

“Membuat keputusan tanpa merujuk tuan badan akan membuka ruang bagi menuduh saya takut untuk berdebat atau berwacana dengan Mohd. Asri pada tarikh berkenaan. Ternyata orang seperti ini mahir dengan seni auta,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Asri menerusi laman Facebook beliau hari ini secara terbuka mengumumkan Zamihan telah menerima jemputan untuk menyertai acara wacana ilmiah dan mahu acara itu disiarkan secara langsung di televisyen.

Mufti Perlis sebelum ini menuduh Zamihan punca beliau dilarang daripada berceramah di Johor kerana mempengaruhi pihak berkuasa agama negeri itu bahawa beliau seorang ahli fahaman Wahabi.

Zamihan seterusnya menjelaskan, beliau percaya debat itu bakal melihatkan fakta kepada orang ramai siapa sebenarnya yang mula mencetuskan isu takfir, tabdi’, tasyrik, anti mazhab dan melanggar enakmen negeri lain.

Namun, katanya, tindakan menghantar surat jemputan debat secara senyap dan sewenangnya menetapkan tarikh serta memilih moderator debat adalah satu tindakan yang tidak cerdik dan tidak matang.

Beliau dalam pada itu menegaskan terpaksa bangkit mempertahankan diri kerana Mohd. Asri secara terbuka menuduh beliau punca Mufti Perlis itu dilarang daripada berceramah di Johor oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).,

“Apabila Asri tuduh saya pengaruhi MAIJ, itu adalah satu pertuduhan yang jahat dan bersifat fitnah. Saya harus bangkit Sebab itu saya katakan saya tidak pernah gentar untuk berdepan dengan tukang fitnah agama khususnya Mufti Perlis yang telah sekian lama menuduh saya Syiah.

“Sepatutnya, semua pihak akur dengan larangan MAIJ. Jika timbul rasa tidak puashati, 16 penceramah itu boleh mendapatkan penjelasan dengan MAIJ sahaja. Bukannya dengan cara meroyan menuding jari kepada pihak lain,” katanya.

Zamihan sebelum ini menerangkan adalah mustahil beliau dapat mempengaruhi MAIJ kerana badan itu merupakan pihak berkuasa agama yang berstruktur, telus dan bebas membuat keputusan secara eksklusif tanpa memerlukan campur tangan pihak luar.

“Saya pula tidak pernah berusaha untuk meracuni sesiapa pun dalam soal larangan berceramah,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]sPUE1rW53hg[/wpdevart_youtube]

Tags: debat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

04/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim bersedia untuk menerima jemputan Presiden MUDA, Syed Saddiq...

Ahli Parlimen PN Ubah Fikiran, Setuju Debat Dengan Rafizi

Ahli Parlimen PN Ubah Fikiran, Setuju Debat Dengan Rafizi

01/08/2023
0

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bachok dari Perikatan Nasional, Syahir Sulaiman membuat pusingan U berhubung cabaran Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd