• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denggi: Murid Perempuan Tahun 2 Meninggal Dunia Di Terengganu

oleh Ahmad Albab
05/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia akibat denggi semalam, menjadikannya mangsa ketujuh yang maut akibat penyakit bawaan nyamuk Aedes itu di negeri ini setakat ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Mohamad Omar berkata kanak-kanak berusia lapan tahun itu meninggal dunia pada 3.30 petang selepas tiga hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Mangsa adalah murid Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Seri Budiman 2 di sini, iaitu sekolah dan kampung sama dengan mangsa keenam sebelum ini.

“Sehubungan itu, saya sangat berharap ibu bapa supaya lebih berwaspada dengan kesihatan anak mereka terutamanya yang tinggal di kawasan lokaliti denggi…mereka perlu terus membawa anak ke hospital jika demam,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ini adalah kematian keempat yang membabitkan murid sekolah di Terengganu selain seorang warga emas berusia 65 tahun, seorang wanita 47 tahun dan seorang kanak-kanak tadika berusia lima tahun.

Dr Mohamad berkata sehingga semalam, terdapat 37 lokaliti aktif denggi direkodkan di seluruh Terengganu, dan daripada jumlah itu, sebanyak 26 lokaliti itu terletak di Kuala Terengganu, enam di Kuala Nerus, dua di Besut dan masing-masing satu di Dungun, Setiu dan Marang.

Tiga lokaliti lagi adalah kawasan ‘hotspot’ yang mencatat kes denggi tertinggi iaitu di Jalan Panji Alam, Chendering Pantai dan Losong Haji Mat Shafie.

Sehingga semalam, Terengganu mencatat peningkatan 266 kes demam denggi iaitu 776 kes berbanding 212 kes dalam tempoh sama tahun lepas. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]RJTbbCQeCA4[/wpdevart_youtube]

Tags: denggi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd