• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 15 Peratus Rakyat Malaysia Amal Kaedah Kitar Semula

oleh Ahmad Albab
05/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Tahap kesedaran dalam mengurangkan bahan buangan menerusi kaedah kitar semula dan penggunaan semula masih rendah dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Menteri Kesejahteraan bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata hanya 15 peratus rakyat negara ini mengamalkan kaedah kitar semula walaupun kerajaan memperkenalkan program mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori.

Oleh itu, katanya terdapat keperluan untuk mengubah gaya hidup dan anjakan minda masyarakat dalam mengurangkan penggunaan dan meningkatkan kaedah kitar semula bagi memelihara alam sekitar.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri taklimat di tapak pelupusan sanitari sisa pepejal Bukit Tagar di Bestari Jaya, dekat sini, hari ini, beliau berkata terdapat keperluan untuk mendidik rakyat mengenai kepentingan kitar semula bahan buangan.

Rakyat Malaysia harus mengikuti langkah penduduk di negara-negara maju di mana amalan kitar semula telah menjadi satu cara hidup, katanya, sambil menambah bahawa kadar kitar semula di Jerman adalah 62 peratus, Austria (68), Taiwan (60) dan 59 peratus di Singapura.

Kerajaan memperkenalkan program pengasingan sisa pepejal pada 1 Sept tahun lepas dengan mewajibkan semua isi rumah dan pemilik perniagaan di dua wilayah persekutuan dan tujuh negeri mengasingkan sisa pepejal mereka mengikuti komposisi bahan kitar semula dan bukan kitar semula.

Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Johor, Pahang, Selangor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis terlibat dalam inisiatif tersebut.

Mulai 1 Jun ini, kerajaan akan melaksanakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di mana mereka yang gagal mematuhi peraturan di bawah undang-undang ini akan dikenakan tindakan.

Abdul Rahman berkata kementeriannya bimbang dengan jumlah sampah yang dihasilkan oleh rakyat kerana Jabatan Pengurusan Sisa Pepal Negara memerlukan sekurang-kurangya RM2 bilion setahun untuk menguruskan sisa pepejal dan menjalankan kerja-kerja pembersihan awam di dua wilayah persekutuan dan tujuh negeri berkenaan.

Beliau berkata kerajaan akan mempelbagaikan kaedah mengurus sisa pepejal termasuk membina lebih banyak insinerator selain menggunakan tapak pelupusan sanitari sisa pepejal. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]I90hni3LK5A[/wpdevart_youtube]

Tags: Kitar Semula
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

33 Kilang Kitar Semula Plastik Tanpa Lesen Disita

19/02/2019
0

SHAH ALAM - Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) telah mengambil tindakan menyita 33 buah kilang kitar semula plastik yang dilapor...

KITAR3cycle Mampu Wujud Prihatin Alam

23/11/2018
0

SEREMBAN - Program KITAR3cycle, yang memberi mata ganjaran kepada penduduk yang membuang secara teratur barangan yang boleh dikitar semula, mampu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd