• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zamri Salleh Ketuai TSG Ke Le Tour De Filipinas

oleh Ahmad Albab
03/02/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pakar pecut Zamri Salleh akan mengetuai cabaran Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) ke kejohanan Le Tour de Filipinas dari Antipolo City ke Legazpi City, Filipina.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata TSG telah menyenaraikan lima pelumba termasuk tiga pelumba import untuk membawa cabaran TSG pada kejohanan yang bermula dari 18 Feb ini.

“Ini perlumbaan antarabangsa pertama yang akan kita sertai sebagai pembuka tirai perlumbaan musim 2016,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut Ahmad Farhan selain Zamri pelumba lain yang bakal mewakili TSG ke kejohanan itu adalah Daniel Whitehouse dari New Zealand, Dadi Suryadi (Indonesia) dan Mara-erdene Batmunkh (Mongolia) yang pertama kali mewakili TSG musim ini, serta Mohd Nur Umardi Rosdi.

Perlumbaan sejauh 691 kilometer (km) itu akan membabitkan empat peringkat yang dilangsungkan di selatan wilayah Luzon.

Peringkat Satu membabitkan perlumbaan sejauh 153km dari Antipolo City ke Lucena City diikuti Peringkat Dua iaitu perlumbaan paling jauh dengan jarak 204km dari Lucena ke Daet.

Bagi Peringkat Tiga pula, perlumbaan adalah sejauh 187km dari Daet ke Legazpi City manakala Peringkat 4 menyaksikan pelumba mengelilingi Gunung Berapi Mayon di Legazpi City sebanyak dua kali sejauh 147km.

Ahmad Farhan berkata tahun lepas Zamri berjaya menaiki podium apabila menjuarai perlumbaan Peringkat Tiga.

Katanya keadaan muka bumi yang berbukit dan jalan yang berliku menyebabkan TSG menghantar majoriti pelumba import memandangkan mereka pakar dalam laluan seperti itu.

Selain itu, katanya pengurusan TSG ingin menguji kebolehan dan kemampuan sebenar pelumba berkenaan bagi menghadapi kejohanan berikutnya pada musim ini.

Pada masa sama, Ahmad Farhanm berkata, perlumbaan di Filipina itu juga akan menguji kemampuan jurulatih TSG, Adam Szabo dari Slovakia. – BERNAMA

Tags: lumba basikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Le Tour de Femina 2019 Julung Kali Di Malaysia

03/05/2019
0

PUTRAJAYA - Malaysia buat julung kalinya akan menganjurkan perlumbaan jelajah berbasikal wanita antarabangsa Le Tour de Femina (LTdF) 2019 pada...

Litar Basikal Lajak Tidak Akan Dibina Di Johor

16/05/2017
0

KOTA ISKANDAR - Kerajaan negeri buat masa ini belum bercadang untuk membina litar basikal lajak kerana banyak perkara perlu diambil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd