• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Rumah & Sebuah Kereta Musnah Dalam Kebakaran

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Dua unit rumah dan sebuah kereta Perodua Kenari musnah dalam kebakaran di Jalan Kampung Tabuan Melayu, Tabuan Jaya di sini hari ini.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Kuching Tiong Ling Hii berkata sebuah lagi rumah yang berhampiran hanya mengalami kerosakan sekitar lima peratus akibat kebakaran, membabitkan bahagian dapurnya sahaja.

Beliau berkata kira-kira 20 anggota dari balai bomba Tabuan Jaya dan Batu Lintang bergegas ke tempat kejadian selepas melihat asap tebal di tempat kejadian dan menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.18 pagi.

Tempat kebakaran terletak kira-kira 1.5km dari Balai Bomba Tabuan Jaya, katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya siasatan mendapati rumah pertama dihuni oleh empat dewasa dan seorang kanak-kanak, manakala rumah kedua yang musnah kira-kira 90 peratus dihuni oleh dua dewasa serta dua kanak-kanak.

Rumah ketiga pula dihuni dua dewasa dan dua kanak-kanak namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

“Bomba berjaya menyelamatkan empat rumah berhampiran yang terletak antara 5 hingga 6 kaki (1.5 meter hingga 1.8 meter) dari rumah yang terbakar, menerusi kaedah ‘fire break’,” katanya.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA

Tags: kebakaranRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

30/10/2026
0

Oleh Mynewshub Dua Singapura dan satu Korea Selatan turut dinamakan JAKARTA: Di sebalik desakan sesetengah pihak di Indonesia yang menuding...

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd