• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sangkut ‘Bawa’ Pak Belang

oleh Ahmad Albab
03/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Gopeng -Seorang lelaki ditahan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri selepas cuba membawa keluar bangkai harimau belang, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, lelaki berusia 40-an itu dipercayai mengambil bangkai harimau di Kampung Ulu Kampar, dekat sini, yang dipercayai mati terkena jerat dipasang berhampiran perkampungan masyarakat Orang Asli.

Pengarah PERHILITAN negeri Rozidan Md Yasin berkata, lelaki itu ditahan ketika cuba membawa keluar bangkai haiwan dari lokasi ia ditemui mati menggunakan motosikal.

“Bertindak atas maklumat orang ramai, lima anggota kami bergegas ke lokasi menjalankan siasatan berkaitan kematian harimau belang.

“Siasatan mendapati bangkai itu diambil seorang lelaki dan tindakan pantas kakitangan kami berjaya menyekat dan menahannya ketika membawa bangkai haiwan itu di atas motosikalnya untuk dibawa keluar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 68(2)(c), Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM500,000 dan penjara maksimum lima tahun. – myMetro Online

Tags: harimauPerhilitan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

Penangkapan Harimau Di Bukit Kinding, Tanjung Rambutan: Amaran Dari Alam

Penangkapan Harimau Di Bukit Kinding, Tanjung Rambutan: Amaran Dari Alam

11/01/2026
0

Penangkapan seekor harimau di Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, berhampiran Ipoh, mengingatkan kita tentang hakikat yang kian mendesak: konflik manusia–hidupan liar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd