• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kota Kecil Itali Sambut Bayi Pertama Selepas 28 Tahun

oleh
10/05/2017
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROM - Penduduk Ostana, sebuah kota kecil di wilayah utara Itali, sebelum ini sudah lama tidak menyambut kelahiran seorang bayi namun segala-galanya berubah dengan kelahiran insan kecil itu, Pablo baru-baru ini.

Apa yang menyebabkan bayi ini begitu istimewa? Puncanya, ini adalah kelahiran pertama di kota itu setelah selama hampir 30 tahun. Bayangkanlah bayi terakhir di kota itu lahir pada 1987 dan kini berusia 28 tahun.

Kota yang terletak di kawasan pergunungan indah Piedmont itu mengalami penurunan populasi secara drastik selama satu abad terakhir. Kota ini dulu pernah suatu ketika zaman gemilangnya dihuni 1,000 orang penduduk.

Namun sejak daripada itu, jumlah penduduk Ostana terus menurun. Sebelum kelahiran Pablo, bayi terakhir lahir pada tahun 1987 sekali gus menjadikan penduduk kota itu hanya berjumlah kepada 85 orang sahaja pada masa ini.

Silvia Rovere about to register her son Pablo at local registry office
Silvia Rovere mendaftarkan kelahiran Pablo di sebuah pejabat pendaftaran tempatan.

Teruja dengan kelahiran Pablo, ia malah menjadi peristiwa istimewa bagi warga Ostana. Bayi tersebut bahkan sampai diarak keliling kota akibat terlalu gembira diraikan penduduk, menurut harian terkenal Itali, La Stampa.

Lucunya stesen ternama CNN melaporkan datuk bandarnya, Giacomo Lombardo sebagai mengesahkan bahawa Pablo selamat dilahirkan pada 24 Januari 2016 di sebuah hospital di Turin sebelum dibawa pulang ke Ostana.

Untuk rekod, sepanjang tahun, Ostana hanya dihuni separuh daripada jumlah penduduknya. Stesen antarabangsa, BBC melaporkan, pelbagai cara dilakukan pemerintah setempat untuk menambah jumlah populasi.

Antaranya dengan mencipta pelbagai pekerjaan baharu kerana kekurangan pekerjaan menjadi penyebab utama jumlah penduduk kota itu susut. Sebahagian besar pergi ke daerah lain atau ke luar negeri untuk cari kerja.

The alpine town of Ostana, in the Italian region of Piedmont, welcomes its first baby in 28 years
Pemandangan panorama indah bandar kecil Ostana di Itali. – Gambar hiasan

Bahkan, ibu bapa Pablo, Silvia dan Jose, juga pernah berhasrat untuk pergi ke luar negara tetapi, membatalkan niat itu setelah ditawarkan pekerjaan untuk mengelola sebuah peninggalan kuno di puncak sebuah gunung.

Ostana adalah satu daripada banyak kota kecil dan desa Itali yang mengalami penurunan jumlah penduduk kerana trend belia lebih suka memilih untuk berpindah ke kota besar demi mendapatkan pekerjaan bergaji lumayan.

Kepupusan penduduk ini membuatkan masa depan desa-desa indah di pergunungan Itali terancam. Tahun lalu, dilancarkan kempen selamatkan Civita di Bagnoregio, sebuah desa indah di puncak gunung yang diancam hakisan.

Desa itu dahulunya pernah dihuni lebih 3,000 orang namun kini, penduduknya kurang daripada sedozen orang, meskipun 600,000 pelancong luar teruja mengunjungi desa ini setiap tahun. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bayiItali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Trem Terbabas Rempuh Bangunan Di Milan, Dua Maut Dan Puluhan Cedera

Trem Terbabas Rempuh Bangunan Di Milan, Dua Maut Dan Puluhan Cedera

28/02/2026
0

MILAN — Suasana pagi di bandar Milan bertukar kecoh apabila sebuah trem terbabas sebelum merempuh bangunan di kawasan bandar pada...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd