• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes 3 Lelaki Culik Kanak-Kanak 5 Tahun Disebut Semula 22 Mac

oleh Ahmad Albab
02/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 22 Mac untuk sebutan semula kes tiga lelaki yang menghadapi pertuduhan menculik kanak-kanak lelaki berusia lima tahun bagi mendapatkan wang tebusan RM300,000 pada Oktober tahun lepas.

Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Amira Abd Aziz memaklumkan pihak pendakwaan masih menunggu arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pengendali sebuah syarikat percetakan, Siow Kek Keong, 44, buruh warga Indonesia, Riduansyah Yahya, 32, dan pemandu lori, Mohd Saifulamry Jarkasi, 28, didakwa dengan niat bersama menahan serta mengurung secara tidak sah kanak-kanak lelaki itu yang merupakan anak seorang kontraktor.

Mereka dituduh melakukan perbuatan tersebut untuk mendapatkan wang tebusan, di tepi Jalan Seroja bersebelahan sebuah rumah di Taman Setia, Sungai Chua, di sini pada 9.26 pagi, 9 Okt 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Siow diwakili peguam J. Jayarubbiny, Riduansyah oleh peguam Wong Kar Hung, dan Mohd Saifulamry oleh peguam Mohd Fadhly Yaacob. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakkes culik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd