• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ibu Segala Penstrukturan Semula” Diumum Jumaat

oleh AK-47
29/08/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Jumaat, Khazanah Nasional Bhd akan mengumumkan pelannya untuk membaik pulih keseluruhan Malaysia Airlines (MAS), pelan yang dianggap oleh penganalisis sebagai “ibu segala penstrukturan semula”.

Sektor korporat Malaysia sebelum ini telah menyaksikan pelbagai bentuk dan saiz penstrukturan semula namun tiada yang dapat menandingi yang terbaharu ini.

Sekalipun begitu, para penganalisis pantas menghujahkan walaupun usaha itu untuk menyelamatkan MAS, ia tidak akan berbentuk “selamatkan MAS dengan apa jua cara”.

Pengarah FA Securities Sdn Bhd, Zakie Ahmad Shariff berkata:“Semua orang mesti sedar. Khazanah satu-satunya ‘wira’ yang tampil untuk menyelamatkan MAS. Akan tetapi sebagai pemegang amanah dana rakyat, keupayaan Khazanah bukan tiada batasnya.”

Maksudnya setiap orang yang terangkum dalam ekosistem MAS mesti turut berusaha untuk memastikan kejayaan pelan serta tidak menyerahkan bulat-bulat kepada Khazanah.
Sumber rapat kepada Khazanah memberitahu Bernama pelan itu harus dilihat sebagai “perjanjian negara” atau sejenis kontrak yang melibatkan Khazanah, kepimpinan MAS, pekerja dan kesatuan, vendor, pembekal serta rakan kongsi dan rakyat, disokong oleh kesungguhan politik tahap tertinggi menerusi jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang mahu semua pihak terlibat merapatkan saf, menyatakan MAS merupakan sebahagian sejarah Malaysia , simbol maruah, cita-cita serta tempat di dunia, dan perubahan yang dibuat akan memastikan syarikat penerbangan itu menjadi sebahagian kisah masa depan Malaysia .

Anggota Parlimen Sekijang Anuar Manap berkata Perdana Menteri melaburkan masa dan kesungguhan politiknya bagi menyokong pelan baik pulih untuk menyelamatkan MAS.

“Ini jelas menunjukkan ada kesungguhan politik tahap tertinggi, sementara kaedah dan pembiayaan pula menerusi Khazanah, akan tetapi setiap orang dalam ekosistem MAS juga harus menyumbang bagi menjayakannya,” kata beliau.

Sumber rapat kepada Khazanah berkata jika tiada komitmen daripada semua pihak, MAS tidak dapat diselamatkan.

Para penganalisis berkata rekod Khazanah dalam menguruskan lebih 60 syarikat terbesar di negara ini menunjukkan hampir kesemuanya berprestasi baik dan adalah tidak adil untuk memilih satu atau dua syarikat yang bermasalah.

Portfolio pertumbuhan Khazanah melonjak lebih tiga kali ganda dalam tempoh 10 tahun lepas dan disebabkan sektor swasta tidak membuat sebarang tawaran untuk MAS dalam tempoh sedekad lalu, Khazanah tidak berupaya menjual syarikat penerbangan itu.

Cabang pelaburan strategik kerajaan Malaysia itu yang memiliki 69.4 peratus MAS, pada awal bulan ini mengumumkan akan memperoleh baki 30.4 peratus yang tidak dimilikinya menerusi pembelian balik saham pada 27 sen sesaham melibatkan kos berjumlah RM1.38 bilion untuk memulakan penstrukturan semula.

“Khazanah telah menyelesaikan hampir semua isu lainnya dan berkembang menjadi juara serantau, justeru memang ia pihak terbaik untuk menyelesaikan masalah MAS melainkan pengkritik boleh menamakan pihak yang lebih berkelayakan,” kata sumber itu.

“Jika ada yang boleh buat lebih baik, tampillah. Pada masa ini yang kita dengar hanya perbalahan berbentuk teori dan hasrat-hasrat yang tidak disokong,” katanya, menambah Khazanah menjangkakan keraguan tentang pelan itu, namun tidak menduga kesinisan.

“Orang lain boleh cakap ‘Selamatkan MAS’ tetapi bagi Khazanah memang jelas ‘selamatkan MAS tapi bukan dengan apa juga cara kerana kami pemegang amanah duit rakyat,” kata sumber itu lagi.

Sentimen itu diulang oleh Anuar yang berkata: “Hanya Khazanah boleh selamatkan Malaysia Airlines. Pada masa ini hanya organisasi itu yang tampil untuk berbuat demikian dan mempunyai cara serta misi”.

— BERNAMA

Tags: khazanahMAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

PH Rugikan Negara Jual Aset Khazanah – Najib

30/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata pada Mac 2016 Khazanah Nasional di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd