• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Garis Panduan Rumah Mampu Milik Perlu Diwujudkan – Zambry

oleh Ahmad Albab
01/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Satu garis panduan mengenai rumah mampu milik perlu diwujudkan sebagai usaha untuk memastikan golongan kurang berkemampuan benar-benar dapat memiliki kediaman, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Zambry berkata garis panduan itu antara lain perlu meliputi takrifan seragam bagi rumah mampu milik termasuk harga jualan dan keluasan untuk setiap unit.

Beliau menarik perhatian apabila berkata ketika ini tiada takrifan seragam mengenai rumah mampu milik sehingga setiap negeri mempunyai harga berlainan bagi kediaman tersebut.

“Takrifan rumah mampu milik berbeza bagi setiap negeri. Ada negeri (harga) RM300,000, ada lingkungan RM250,000 dan ada RM180,000.

“Kategori rumah mampu milik ini tidak seragam disebabkan oleh kedudukan negeri itu sendiri, kawasan pembinaan dan keluasan tanah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek perumahan Suria@Meru dan portal hartanah RumahkuAmanjaya di sini hari ini.

Menyedari akan isu berkenaan, Menteri besar Perak itu berkata kerajaan negeri mungkin akan mengkaji semua kategori rumah mampu milik untuk diletakkan pada harga sekitar RM250,000.

“Saya tahu ia sangat mencabar. Bagaimanapun ia bergantung kepada kawasan kalau kawasan bandar mungkin perlu penilaian,” katanya.

Dalam sidang media itu, Zambry sekali lagi mengulangi gesaan supaya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) menyiapkan semua projek yang dijanjikan di Perak.

Zambry menegaskan, kegagalan agensi berkenaan menyiapkan projek masing-masing bukan sekadar menyusahkan golongan yang memerlukan, malah mencalarkan imej kerajaan negeri.

Suria@Meru yang terletak di Zon 9, Bandar meru Raya merupakan projek rumah mampu milik oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan apabila siap pada 2018 kelak, ia menawarkan 413 unit kediaman berkeluasan antara 1,600 hingga 1,670 kaki persegi pada harga bermula dari RM263,8000 hingga RM273,800.

Sementara itu, portal RumahkuAmanjaya menyediakan maklumat mengenai hartanah yang berkualiti untuk dimiliki sama ada kediaman atau pelaburan perniagaan. – BERNAMA

Tags: RumahZambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd