• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LPT Kawasan Kerap Berlaku Kemalangan Di Pahang

oleh Ahmad Albab
01/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis mengenal pasti 30 kawasan yang sering berlaku kemalangan di negeri ini dengan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mencatat jumlah kawasan paling tinggi.

Berikutan itu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Abd Ghani berkata sempena perayaan Tahun Baru Cina ini, semua kawasan itu akan diberi tumpuan pada Op Selamat 8 yang bermula hari ini hingga 16 Feb depan, dalam usaha mengurangkan kemalangan melalui penguatkuasaan secara menyeluruh.

“Objektif operasi adalah bagi memberi kesedaran dan menanam nilai murni kepada pengguna jalan raya supaya mengutamakan aspek keselamatan termasuk ketika meninggalkan rumah untuk pulang bercuti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan Op Selamat 8 di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Pada Op Selamat 8 kali ini seramai 23 pegawai dan 254 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terlibat dalam menjalankan op sepadu bersama agensi penguat kuasa lain seperti Majlis Keselamatan Jalanraya (MKJR), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Menurutnya antara tumpuan utama penguat kuasa pada operasi kali ini ialah kesalahan berkaitan had laju, memotong di dua garisan berkembar dan melanggar lampu isyarat, dengan kesemua kesalahan itu akan dikenakan kompaun maksimum RM300 dan tidak boleh dikurangkan.

Sharifuddin berkata statistik kemalangan dalam Op Selamat 4 (2014) dan Op Selamat 6 (2015) sempena Tahun Baru Cina lepas menunjukkan peningkatan kes kemalangan daripada 770 kes kepada 787 kes.

Katanya kes kemalangan maut juga meningkat daripada 12 kes melibatkan 13 kematian pada Op Selamat 4 kepada 14 kes dengan 15 kematian pada Op Selamat 6.

“Jumlah saman yang dikeluarkan turut meningkat kepada 18,373 kes (Op Selamat 6) berbanding 13,408 kes (Op Selamat 4),” katanya.

Sharifuddin berkata selain menurunkan kadar kemalangan, operasi kali ini juga diadakan dengan misi melancarkan pergerakan lalu lintas dan menurunkan kadar jenayah pecah rumah.

Sementara itu, katanya, di LPT tujuh kawasan direkodkan sering berlaku kemalangan iaitu di Kilometer (KM) 203 hingga 204, KM208 hingga 209, KM211.9, masing-masing di kawasan Kuantan, manakala di Maran ialah di KM182 hingga KM183 dan KM159 hingga KM162.

Di Temerloh pula, kawasan LPT yang terlibat ialah di KM95 hingga KM105 dan KM117 hingga 118.

Selain LPT, kawasan lain yang sering dicatatkan berlaku kemalangan ialah Kuantan, Rompin, Maran, Temerloh dan Jerantut masing-masing tiga kawasan, Pekan, Bentong dan Bera (dua) manakala Raub dan Lipis pula satu. – BERNAMA

Tags: kemalanganLPT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd