• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Eksperimen Uji Prejudis Pada Islam Guna Bible

oleh AK-47
03/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

AL-QURAN merupakan pegangan utama umat Islam di mana di dalamnya terdapat pelbagai garis panduan dan larangan yang perlu diikuti untuk dijadikan panduan kehidupan. 

Namun, media sering memperlekehkan agama Islam dengan mendakwa ianya ‘agama penindasan’ disebabkan terdapat larangan perihal menutup aurat, zina, minum arak dan sebagainya.

Ini berlaku kerana tidak ramai yang membuat kajian terhadap ‘kebenaran’ sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Inilah sandaran yang menjadi tunjang eksperimen sosial sekumpulan anak muda Dit is Normaal di bandar Belanda.

Eksperimen yang digelar ‘The Holy Quran Experiment’ di laman Youtube oleh mereka kini telah mendapat lebih 7 juta tontonan dan ribuan kritikan juga pujian daripada pelbagai pihak.

Menerusi eksperimen ini, mereka meminta pejalan kaki membaca ungkapan dan memberi pandangan terhadap larangan keras, amaran dan hukuman yang terdapat dalam sebuah kitab.

‘Helahnya’ di sini ialah mereka mengatakan ayat yang dibacakan tersebut adalah daripada kitab Al-Quran.

Sangat mengejutkan kerana tiada antara mereka yang menyangka bahawa ia sebenarnya merupakan Kitab Bible yang digunakan oleh pengganut Kristian.

Ada yang tersipu malu dan mengaku mereka tidak menyedari bagaimana mereka boleh berfikiran prejudis terhadap Islam.

Apa-apa pun, jika eksperimen sama dijalankan di Malaysia kami yakin pasti ramai yang turut berada seperti situasi ‘di atas’.

Mengapa kami berkata begini adalah lihat sahaja keadaan sekililing dan diri kita sendiri, umat Islam rata-ratanya meletakkan Al-Quran tidak lebih hanya sebagai perhiasan.

Al-Quran kini dijadikan bahan simpanan di penjuru-penjuru sudut rumah, dihias secantik-cantiknya untuk dijadiakan hantaran perkahwinan dan dibuka untuk pertandingan ‘suara sedap’ membaca al-Quran.

Amat sedikit dari kita yang betul-betul mengambil isi makna di dalamnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: agama islamAl-QuranKristian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,622 unit teks dan bahan al-Quran yang mengandungi kesilapan dan tidak memenuhi standard disita Kementerian Dalam...

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) memohon agar pendekatan penguatkuasaan dilaksanakan secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd