• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM60 Bilion Harta Pusaka Masih Belum Dituntut Sejak Merdeka

oleh Ahmad Albab
02/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGKAK – Kurang kesedaran dan sikap ambil mudah menangguh permohonan pembahagian harta pusaka menjadi satu daripada faktor penyebab kira-kira RM60 bilion jumlah harta tidak dituntut oleh waris si mati sejak Malaysia mencapai kemerdekaan hingga hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Hamim Samuri berkata angka tersebut diperoleh menerusi rekod Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) melalui Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP) di bawah kementeriannya.

“Sikap tidak mahu ambil tahu prosedur yang perlu dilalui atau agensi mana yang sepatutnya menguruskan urusan pembahagian harta pusaka juga menjadi faktor penangguhan dalam kalangan waris untuk memulakan tindakan membuat permohonan.

“Ada juga waris yang anggap proses untuk memohon pembahagian harta ini lambat, mahal dan menyusahkan sehingga menyebabkan harta si-mati dibekukan, tanah menjadi terbiar dan tidak terurus dan paling mustahak status pemilikan tidak rasmi boleh mengakibatkan isu termakan harta yang bukan hak atau harta anak yatim,” katanya.

Hamim berkata demikian ketika merasmikan Forum dan Taklimat Berhubung Pengurusan Harta Pusaka Kecil, di sini Ahad.

Beliau berkata selain JKPTG, agensi lain yang menguruskan permohonan pembahagian harta pusaka adalah Mahkamah Tinggi dan Amanah Raya Berhad.

Menurut Hamim hampir 75 peratus pembahagian harta pusaka di negara ini diuruskan oleh JKPTG yang mempunyai 36 Unit Pembahagian Pusaka di seluruh negara dengan setiap satunya bertanggungjawab menguruskan permohonan bagi dua hingga empat daerah.

“Perkhidmatan itu dibuat berdasarkan peruntukan perundangan yang bertujuan membantu orang ramai mengurus harta pusaka tanpa perlu turut naik mahkamah,” katanya. – BERNAMA

Tags: harta pusaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Ahli Politik Belasah Anak Tiri Diberkas

01/10/2021
0

MELAKA - Polis menahan seorang lelaki yang juga suami seorang ahli politik di negeri ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan...

Saman Ibu Jamaluddin Terhadap 2 Cucu Gagal Selesai

13/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Kes saman antara ibu kepada Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Aminah Abdullah terhadap dua cucunya berhubung dakwaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd