• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

37 Lemas Bot Pendatang Karam Dekat Turki

oleh Ahmad Albab
31/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

 

AYVACIK (Turki) – Pengawal pantai Turki menemui mayat wanita dan kanak-kanak yang dihanyutkan ke pantai selepas sebuah lagi bot pendatang karam ketika cuba menyeberang ke Eropah menyebabkan sekurang-kurangnya 37 maut.

Suasana menyayat hati ketika kematian kanak-kanak Syria, Aylan Kurdi yang dirakamkan jurufoto terdampar di pantai Turki pada September lalu, kejadian pada Sabtu pula menyaksikan mayat kanak-kanak kecil kelihatan di antara mayat yang dihanyutkan ke tepi pantai dekat Bandar Ayvacik di timur laut Wilayah Canakkale.

Salah satu gambar AFP menunjukkan kanak-kanak yang mati berseluar gelak dan berbaju biru, dengan mukanya ditutupi sebuah topi. Puting kanak-kanak turut berada di sisi mangsa.

Gambar lain menunjukkan seorang pegawai polis Turki memasukkan jasad seorang kanak-kanak ke dalam beg mayat. Seorang lagi kanak-kanak dijumpai mati di dalam air.

Selain itu, jumlah kanak-kanak lain yang turut lemas tidak dapat dipastikan selepas bot membawa mereka dan keluarga mereka sebahagian dari Syria, lain-lainnya dari Afghanistan dan Myanmar karam dekat pantai Turki, berhampiran Pulau Lesbos, Greece.

Sementara itu, kejadian terbaharu itu berlaku pada ketika Canselor Jerman, Angela Merkel berkata, beliau jangka sebahagian pendatang yang dibawa ke Jerman dari Syria dan Iraq dihantar pulang sebaik keamanan kembali di negara mereka. – AFP/BH ONLINE

Tags: bot karamTurki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

16/07/2023
0

SEMPORNA: Mangsa terakhir tragedi bot karam yang dilaporkan hilang di sekitar perairan Pulau Nusa Tengah, Jumaat ditemukan petang ini. Ikuti...

22 Maut Bot Karam Di Pantai Madagascar

22 Maut Bot Karam Di Pantai Madagascar

13/03/2023
0

ANTANANARIVO: Sekurang-kurangnya 22 pendatang maut apabila bot mereka karam di luar pantai Madagascar, lapor pihak berkuasa maritim. Ikuti Mynewshub: Telegram Pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd