• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Potong Bekalan Air Di Selangor

oleh Ahmad Albab
29/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatikan supaya menjelaskan bil air tertunggak dengan segera untuk mengelakkan bekalan air untuk mereka dipotong dalam Operasi Bil Air Tertunggak yang akan berlangsung bermula 1 Februari ini.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) akan menjalankan operasi memotong bekalan air premis yang mempunyai bil air tertunggak di kawasan Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Gombak.

“Pelanggan yang gagal menjelaskan pembayaran bil air tertunggak akan diberi Notis Pemotongan Bekalan Air. Caj pemotongan sebanyak RM35 dan caj penyambungan semula bekalan air sebanyak RM35 masing-masing tidak termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dikenakan.

“Caj ini seperti mana yang diwartakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (AIPA 2006) iaitu Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Deposit, Fi dan Caj Perkhidmatan Air) 2014,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Amin, bil air tertunggak boleh dibayar di semua pejabat Syabas, bank, agensi-agensi terlantik dan melalui kemudahan lain.

“Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tempat dan kemudahan membayar bil air sila layari www.syabas.com.my,” katanya.  – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]ghMF5D499bU[/wpdevart_youtube]

Tags: air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd