• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

236 Pelancong Dihalang Masuk Sabah Tahun Lepas

oleh Ahmad Albab
29/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jabatan Imigresen Sabah telah menolak kemasukan 236 pelancong asing ke negeri ini sepanjang tahun lepas.

Pengarahnya Musa Sulaiman berkata tindakan itu dibuat apabila pelancong terbabit tidak memenuhi syarat kemasukan sebagai pelancong tulen.

“Jabatan tidak teragak-agak untuk menghalang kemasukan pelawat yang dipercayai mengancam keselamatan atau menggugat keharmonian negeri Sabah.

“Dalam usaha menjamin tahap keselamatan tinggi, para pegawai Imigresen di pintu-pintu masuk telah diarahkan untuk melaksanakan pemeriksaan lebih teliti terhadap penumpang yang masuk dan keluar dari negeri ini,” katanya pada sidang akhbar mengenai pencapaian jabatan itu sepanjang tahun lepas di sini hari ini.

Musa berkata jabatan tersebut juga telah mewajibkan pemeriksaan biometrik terhadap semua pelawat, manakala sistem senarai semak penumpang sentiasa dikemaskini.

Beliau turut memberitahu jabatan itu telah menahan seramai 18,874 pendatang asing tanpa izin (PATI) tahun lepas menerusi operasi bersepadu Jabatan Imigresen, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Di samping itu, kita juga telah menghantar pulang seramai 27,769 tahanan (termasuk yang berada di pusat-pusat tahanan sementara pada tahun sebelumnya) melibatkan warga Filipina, Indonesia, Pakistan, India dan China,” katanya.

Musa turut mengumumkan waktu operasi di Pos Kawalan Imigresen Sindumin, Sabah dan Merapok, Sarawak dilanjutkan dari 6 pagi hingga 10 malam kepada 6 pagi hingga 12 tengah malam mulai 1 Feb ini.

“Perlanjutan waktu operasi ini diharapkan dapat meningkatkan kegiatan ekonomi dan sosial masyarakat, khususnya di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Ketika ditanya mengenai Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Pengubahsuaian Bajet 2016 semalam, Musa berkata Jabatan Imigresen Sabah akan meneliti kaedah bersesuaian dalam membantu industri menggaji pekerja asing.

“Jabatan juga telah beberapa kali menjalankan program pemberian permit kerja sah kepada PATI yang bekerja di Sabah sebelum ini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]T2kYdjgvNSM[/wpdevart_youtube]

Tags: ImigresenPelancong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd