• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Boleh Memilih Kekalkan Kadar Caruman KWSP Pada 11%

oleh Ahmad Albab
28/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memaklumkan pekerja boleh membuat pilihan untuk mengekalkan kadar caruman syer pekerja pada 11 peratus dengan melengkapkan Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun.

Menurut kenyataan KWSP hari ini, pekerja boleh memuat turun Notis KWSP 17A Khas2016 di laman sesawang www.kwsp.gov.my mulai 2 Feb, 2016 dan ia perlu dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk diserahkan kepada pejabat KWSP berhampiran.

Semasa membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengurangan kadar berkanun caruman syer pekerja kepada lapan peratus daripada 11 peratus untuk pekerja di bawah 60 tahun.

Sementara itu, caruman syer pekerja berumur 60 tahun ke atas pula dikurangkan kepada empat peratus daripada 5.5 peratus.

Penurunan kadar tersebut akan bermula pada gaji bulan Mac 2016 sehingga bulan Disember 2017.

Jadual baharu Kadar Caruman Bulanan boleh dimuat turun mulai 16 Feb, 2016.

Menurut KWSP, tiada perubahan pada kadar caruman berkanun syer majikan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ebdVy4zVsnw[/wpdevart_youtube]

Tags: KWSP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd