• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Polis Mesir Terima Kondom Jadi Viral

oleh Ahmad Albab
28/01/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIDEO memaparkan seorang wartawan dan pelakon menyerahkan kondom kepada anggota polis Mesir sempena sambutan ulang tahun pemberontakan pada 2011 menjadi viral apabila mencecah lebih sejuta tontonan.

Bagaimanapun, kini timbul pula isu kemungkinan kedua-dua wartawan dan pelakon itu bakal dihadapkan ke muka pengadilan.

Penggambaran video itu dilakukan pada Isnin iaitu Hari Polis negara itu dan ulang tahun pemberontakan menentang autokrat Hosni Mubarak. Ia meluahkan rasa masyarakat terhadap pasukan keselamatan.

Video yang dikongsi 15,000 di laman sosial Facebook menunjukkan dua lelaki berusia awal 20an sedang ketawa sambil mengeluarkan kondom daripada bungkusannya.

“Daripada belia kepada polis Mesir,” itulah yang tertera pada kondom berkenaan.

Ia dirakam di Dataran Tahrir iaitu lokasi demonstrasi berlaku lima tahun lalu.

Ketika penggambaran itu, Dataran Tahrir lengang dengan hanya beberapa kumpulan penyokong Presiden Abdel Fattah el-Sisi yang juga bekas jeneral yang dilantik memimpin negara itu pada 2013.

Dua lelaki yang mengedarkan kondom itu adalah pelakon, Ahmed Malek dan wartawan, Shady Hussein yang bekerja untuk program berbentuk satira.

Mereka membawa watak penyokong el-Sisi, mengibarkan bendera Mesir sambil melaungkan “Hidup Mesir!”

Setakat ini, ada pihak yang mengadu perbuatan mereka itu menghina anggota polis dan jika didakwa boleh dikenakan tindakan tidak kurang enam bulan penjara dan denda 10,000 pound.

Susulan itu, Shady menerusi Facebook menjelaskan perlakuannya menerusi video itu hanya sekadar gurauan.

Bagaimanapun, katanya, ia lebih baik berbanding apa yang dilakukan pihak polis yang menyalahgunakan kuasa ketika pemberontakan pada 2011.

“Rakyat tidak akan lupa apa yang telah kamu lakukan,” katanya.

Status Shady itu dikongsi lebih 20,000 dalam masa kurang sejam.

Bagaimanapun, berlainan pula dengan Ahmed yang turut bertindak meminta maaf. Beliau menjelaskan ia berlaku kerana rasa tidak puas hati dengan sekatan bersuara di negara itu.

Walaupun tidak mendapat maklumbalas Kementerian Dalam Negeri, ada laman Facebook menggesa kedua-duanya dihadapkan ke muka pengadilan.

“Tahniah, kamu telah bermusuh dengan 37,000 anggota polis,” kata laman itu. – mStar

[wpdevart_youtube]SnhDuX4OJUA[/wpdevart_youtube]

Tags: kondom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dunia Berdepan Kekurangan Bekalan Kondom

08/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Masalah kekurangan kondom global semakin meningkat susulan wabak COVID-19 menyebabkan kilang terpaksa ditutup sehingga menjejaskan bekalan, kata...

‘Bayangkan Dunia Tanpa Kondom…’ – Dr M

04/09/2018
0

SARUNG Getah dalam bentuk produk kondom telah melakukan tugas yang besar kepada manusia sejagat dengan menghalang kelahiran yang berleluasa. Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd