• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Mahu Majlis Raja-Raja Umum Tolak TPPA

oleh Ahmad Albab
28/01/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan cuba mengheret institusi diraja dalam memenuhi agenda politik mereka berhubung isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar mendakwa, Majlis Raja-Raja Melayu perlu bersidang untuk menolak TPPA demi kesejahteraan dan masa depan negara.

“Walaupun secara bersungguh-sungguh kerajaan meyakinkan bahawa TPPA akan memberikan manfaat kepada negara serta tidak mengakibatkan risiko kepada ekonomi dan rakyat, tetapi kegusaran dari pelbagai pihak termasuklah golongan intelek masih menghantui.

“Rakyat sangat gusar episod cukai barang dan perkhidmatan (GST) tersebut akan berulang kembali selepas perjanjian TPPA ini,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Parlimen semalam meluluskan usul supaya Malaysia menandatangani TPPA pada Februari ini.

Kelulusan itu diperoleh selepas Dewan Rakyat memperoleh persetujuan 127 Ahli Parlimen berbanding 84 Ahli Parlimen yang menolak.

Mohd. Fakhrulrazi dalam pada itu mendakwa, Ahli Parlimen PAN telah mengemukakan fakta dan hujah berkaitan kebimbangan serta risiko terhadap perjanjian tersebut.

Justeru, beliau menuduh wakil rakyat kerajaan gagal berperanan untuk memperjuangkan nasib mereka yang dihimpit dengan peningkatan kos kehidupan. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]qEgAouzYr4Q[/wpdevart_youtube]

Tags: TPPA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rundingan TPPA Belum Berakhir – PM Najib

13/11/2017
0

DA NANG (VIETNAM) – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam kalangan 11 negara, belum berakhir meskipun berlaku beberapa masalah yang...

Rundingan TPPA Jangka Dimuktamad November

18/07/2017
0

SUBANG – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) masih berjalan, dan dijangka dimuktamadkan pada November ini pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd