• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Program Tajaan JPA Bagi 2016 Diteruskan

oleh Ahmad Albab
28/01/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Empat program tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi tahun 2016 akan diteruskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ketika mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 di sini hari ini, beliau berkata walau apapun yang berlaku, kerajaan tetap memberi jaminan dan komited terhadap ehwal pendidikan dan masa depan anak-anak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata empat program itu merangkumi Program Biasiswa Nasional bagi 20 pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka seluruh dunia.

Yang lain ialah: * Program Khas Kejuruteraan bagi 200 pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis;

* Program Lepasan Bursary bagi 744 pelajar untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di universiti awam dan institusi pengajian tinggi swasta di dalam negara; dan

* Pengambilan baharu seramai 8,000 pelajar akan diberi biasiswa untuk mengikuti pengajian yang ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama dalam negara.

Najib turut mengumumkan bahawa peruntukan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM5 bilion akan terus disalurkan kepada mahasiswa.

Bagi memastikan pelaburan modal insan terus dipergiatkan, perdana menteri berkata Program MyBrain15, Skim Latihan Akademik Bumiputera dan Skim Latihan Akademik Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan diteruskan.

“Seramai 25,000 pelajar telah mengikuti pengajian di bawah program-program ini,” kata perdana menteri.

Beliau seterusnya berkata kerajaan bersetuju dengan tambahan 15,000 pelajar baharu untuk program MyMaster, 5,000 pula untuk program MyPhD dan 300 untuk Skim Latihan Akademik IPTA untuk diberi tawaran.

Kesemua program itu akan diberi peruntukan tambahan RM300 juta. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]fbamxn9GzmE[/wpdevart_youtube]

Tags: Bajet 2016JPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Had Umur Persaraan Wajib: JPA Akan Laksana Kajian

Had Umur Persaraan Wajib: JPA Akan Laksana Kajian

06/08/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan kajian had umur persaraan wajib untuk disesuaikan dengan peralihan kepada negara tua. Ketua Setiausaha Negara, Tan...

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

07/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyemak Perintah Am berkaitan cuti bersalin bagi penjawat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd