• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Cadang AP Bausit Dilakukan Secara Atas Talian

oleh Ahmad Albab
28/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang mencadangkan pengeluaran Permit Kelulusan (AP) untuk aktiviti perlombongan bauksit dilakukan secara dalam talian.

Pengarahnya Datuk Sarip Ismail berkata langkah itu boleh mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab membuat salinan semula borang permohonan AP yang asli, selain memudahkan urusan kawalan dan pemantauan terhadap pengusaha bauksit.

“Jika dilakukan secara manual, ada kemungkinan pihak tidak bertanggungjawab membuat salinan yang boleh mengaburi pihak berkuasa.

“Ini kerana, salinan itu kelihatan seperti yang asal walaupun sebenarnya ia bukan asli,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-34 peringkat negeri di sini hari ini.

Katanya langkah berkenaan secara langsung dapat menambah baik prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dalam operasi perlombongan mineral itu di negeri ini.

Menurutnya cadangan berkenaan telah diutarakan kepada Jabatan Mineral dan Geosains Pahang untuk dibincangkan secara bersama tentang kebaikan pelaksanaan sistem secara dalam talian itu.

Sarip berkata JKDM Pahang telah mempunyai sistem e-Permit yang turut disertai agensi lain dalam pengeluaran permit berkaitan jabatan itu.

Dalam perkembangan lain, Sarip berkata sebanyak 14,086 syarikat dan premis perniagaan telah berdaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di negeri ini sehingga semalam.

Katanya JKDM Pahang akan terus mempertingkatkan lagi operasi menjejak premis yang masih belum berbuat demikian dalam usaha mencapai sasaran 100,000 premis di seluruh negara tahun ini.

Sarip berkata dalam Op Jejak GST 2016 yang berlangsung dari 17 Jan hingga 22 Jan lepas, sebanyak 97 premis berjaya didaftarkan dengan GST di lokasi bagi Zon Timur iaitu di Pahang sejumlah 50 premis, Kelantan (21) dan Terengganu (26).

“Keseluruhan syarikat yang dilawati di Zon Timur adalah sebanyak 1,184 dalam tempoh lima hari iaitu Pahang sebanyak 539, Kelantan (381) dan Terengganu (264).

“Ini tidak mencapai sasaran sebenar dalam operasi ini iaitu sebanyak 1,579 premis yang akan didaftarkan kerana beberapa kekangan antaranya ada syarikat yang sudah berpindah luar dari Pahang,” katanya.

Sementara itu, dalam aspek penguatkuasaan, beliau berkata pihaknya telah membuka sebanyak 162 kertas siasatan dengan rampasan barangan bernilai RM3,590,452 sepanjang tahun lepas.

Jumlah itu meningkat berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan 106 kertas siasatan dan nilai barangan dirampas berjumlah RM1.8 juta.

“Cukai bagi barang rampasan untuk tahun lepas berjumlah RM7.644 juta berbanding tahun 2014 hanya RM5.2 juta sahaja,” katanya. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]I3hbSg7Nhs4[/wpdevart_youtube]

Tags: bauksitKastam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd