• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perunding, Pelaksana Projek KPM Perlu Transformasi Cara Kerja

oleh Ahmad Albab
28/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Perunding dan pelaksana projek di bawah Kementerian Pendidikan, khasnya pembinaan sekolah perlu melakukan transformasi dalam pengurusan dan pentadbiran projek bagi memastikan kes projek ‘sakit’ tidak terus berlaku.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ini bagi memastikan kerajaan sebagai ‘pelabur’, tidak berhadapan masalah dalam menjana pembangunan modal insan, yang tentunya bermula dengan penyediaan sebuah sekolah yang sempurna oleh pihak yang diberikan kontrak.

“Untuk projek pembinaan sekolah dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dan RMK sebelumnya, kita dapati 18 projek pembinaan dikategorikan sebagai projek sakit yang mana sebahagian besarnya berkaitan dengan faktor perunding dan kontraktor.

Apabila ada sekolah yang sepatutnya boleh digunakan tahun ini itu tidak dapat disiapkan, ia secara langsung memberi kesan kepada kemasukan pelajar menyebabkan pelajar terpaksa ditumpangkan di sekolah lain,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kursus Transformasi RMK11-Pengurusan Pentadbiran Kontrak Kementerian Pendidikan di sini hari ini.

Mahdzir berkata kementerian tidak menolak faktor lain seperti cuaca dan geografi turut menyumbang kepada kelancaran pembangunan sesebuah projek, namun sukar untuk pihaknya berkompromi jika kelewatan itu berpunca daripada masalah koordinasi antara perunding dan kontraktor projek.

Beliau berkata untuk RMK11, kementeriannya menyasarkan untuk melaksanakan 198 projek baharu dan 626 projek sambungan yang mana ia menuntut profesionalisme kerja yang tinggi daripada perunding, kontraktor, arkitek serta jurutera yang berkaitan dalam menjayakan projek terlibat.

Untuk itu, kerajaan menuntut satu transformasi menyeluruh pihak berkaitan agar setiap pelaburan mencapai objektif yang disasarkan, iaitu projek disiapkan mengikut jadual dengan kualiti yang diperakui, katanya.

Mengenai kursus itu, Mahdzir berharap ia menjadi medan kepada peserta memahami bidang tugas dan inspirasi yang dimahukan kementerian seperti arahan perubahan kerja, peranan dan tanggungjawab perunding selaras dengan terma rujukan kementerian kementerian serta pematuhan dan prosedur bagi kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kursus selama dua hari bermula semalam anjuran kementerian dengan kerjasama Institut Juruukur Diraja Malaysia (RISM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) itu dihadiri oleh 210 peserta dari kalangan kontraktor, arkitek, jurutera awam, juru ukur bahan dan jurutera mekanikal dan elektrikal. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]issw5hPkFdE[/wpdevart_youtube]

Tags: Mukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Najib Sekolahkan Mukhriz

04/05/2021
0

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd