• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Johor Tumpaskan Penyeludupan Kereta Mewah Dari Singapura

oleh Ahmad Albab
28/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya menumpaskan penyeludupan 26 kereta mewah dari Singapura bernilai RM2.9 juta termasuk cukai di beberapa lokasi sekitar Taman Laguna, di sini, Rabu lepas.

Pengarahnya Datuk Ramli Johari berkata pihaknya turut menahan seorang wanita rakyat Singapura berumur lingkungan 20-an dalam serbuan kira-kira 3 petang, hari yang sama, di sebuah rumah di taman perumahan terbabit.

“Kegiatan penyeludupan terbabit berjaya ditumpaskan hasil maklumat orang awam dan risikan kastam. Antara kenderaan yang disita adalah Toyota Alphard, Mercedes Benz Brabus, Toyota Lexus, Honda Integra serta Toyota Estima,” katanya
kepada pemberita selepas sambutan Hari Kastam Sedunia kali ke-34 peringkat negeri, di sini hari ini.

Ramli berkata siasatan awal mendapati kesemua kenderaan yang ditaksir bernilai RM1.1 juta melibatkan cukai sebanyak RM1.8 juta itu sudah dibatalkan pendaftarannya di Singapura sebelum dibawa masuk ke Johor untuk dijual di pasaran tempatan dengan harga yang murah.

Beliau berkata daripada 26 kenderaan terbabit, tiga daripadanya ditemui di rumah yang didiami wanita berkenaan manakala bakinya diletakkan di beberapa lokasi di sekitar taman perumahan itu dipercayai bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Katanya, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap wanita itu mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang belum lulus kastam selain mengenal pasti individu lain yang terlibat dalam sindiket penyeludupan terbabit.

“Wanita ini yang berkahwin dengan seorang lelaki tempatan dipercayai merupakan salah seorang anggota sindiket itu. Kita juga sedang menjalankan siasatan terperinci sejauh mana kegiatan itu sudah beroperasi,” katanya.

Dalam kes lain, Ramli berkata pihaknya turut menumpaskan penyeludupan rokok putih dan kretek bernilai RM6.32 juta termasuk cukai di Pelabuhan Pasir Gudang, di sini, dua hari lepas dan di Sungai Sarang Buaya dekat Muar, semalam.

Beliau berkata sebanyak 10 juta batang rokok putih berjaya dirampas dalam pemeriksaan terhadap sebuah kontena di Bay Pemeriksaan Import Kastam Pelabuhan Pasir Gudang, kira-kira 7.15 malam itu manakala 288,000 batang rokok kretek dirampas dalam pemeriksaan terhadap sebuah kereta Toyota Estima, kira-kira 5 pagi, di Sungai Sarang Buaya.

Menurut Ramli, siasatan awal mendapati kontena terbabit diikrar sebagai membawa ‘polyster yarn’ dari Vietnam sebelum pemeriksaan rapi didapati membawa muatan rokok putih jenama Luffman bernilai RM6.14 juta termasuk cukai.

Rokok kretek yang ditemui di dalam Toyota Estima itu pula dianggar bernilai RM180,000 termasuk cukai, katanya.

Bagaimanapun, kastam gagal menahan pemandu Toyota Estima itu yang meninggalkan kenderaan itu dan melarikan diri, katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]jOeftvNbldE[/wpdevart_youtube]

Tags: Kastamseludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd