• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Farmasi Tempatan Dakwa Telah Temui Penawar Denggi

oleh Ahmad Albab
02/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tatkala negara masih lagi berdepan dengan peningkatan kes denggi setiap tahun, seorang ahli farmasi tempatan mendakwa telah menemukan penawar bagi penyakit itu.

Perunding farmasi dan pengasas Naturopathy Centre, K. Ananthan berkata, beliau telah menemukan sejenis ‘arsenal‘ untuk melindungi manusia daripada demam denggi.

Katanya menerusi penyelidikan beliau mendapati bahawa bijirin berasaskan makanan semula jadi dan rempah-ratus yang telah digunakan manusia selama beribu-ribu tahun adalah ramuan penting untuk cegah denggi.

Ananthan, yang mendakwa melakukan penyelidikan ke atas ubat-ubatan semula jadi dan alternatif selama lebih 10 tahun, berkata ramuan itu dapat meningkatkan sistem imun tubah untuk cegah virus denggi daripada mendatangkan bahaya.

Bercakap kepada Bernama, katanya beliau telah mencipta satu formula yang menggabungkan 60 jenis ramuan dalam satu kapsul untuk meningkatkan sistem imun tubuh.

Ananthan berkata ramuan itu termasuk jintan manis, bunga cengkih, kayu manis, kunyit, kacang merah, kacang soya, kacang merah besar dan malt.

Katanya, beliau pernah membentangkan dapatannya itu kepada Kementerian Kesihatan dan Institut Penyelidikan Perubatan pada 2012 bagi dilakukan kajian susulan terhadap penyembuh semula jadi untuk demam denggi.

Bagaimanapun, tiada kajian seumpama itu dijalankan. Ananthan merupakan ahli farmasi dengan Kementerian Kesihatan dari 1976 hingga 1993.

Jawatan tertinggi dipegangnya dalam sektor awam ialah Timbalan Ketua Farmasi di Hospital Kuala Lumpur.

Menurut statistik Kementerian Kesihatan, dari Januari hingga 12 September 2015, jumlah kes denggi meningkat sebanyak 21.5 peratus kepada 85,488 daripada 70,337 pada 2014.

Jumlah kematian akibat denggi bagi tempoh sama meningkat kepada 234 daripada 133 pada 2014. – BERNAMA

Baca: Penawar Demam Denggi Sudah Ada Di Pasaran

Juga: KKM Kaji Kapsul Sari Daun Betik Rawat Denggi

[wpdevart_youtube]_-6pRPJN70w[/wpdevart_youtube]

Tags: denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd