• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penubuhan Maahad Tahfiz Antara Agenda Utama Kerajaan Kedah

oleh Ahmad Albab
28/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG TERAP – Kerajaan negeri Kedah akan memberikan keutamaan terhadap penubuhan maahad-maahad tahfiz di negeri ini bagi membugarkan pembudayaan menghafaz kitab suci al-Quran.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata kini banyak sekolah-sekolah agama terutamanya maahad tahfiz di negeri ini telah dibina dan akan dibina bagi tujuan itu.

“Antara agenda yang menjadi keutamaan Kerajaan Negeri ialah penubuhan maahad-maahad tahfiz di negeri ini, seperti Maahad Tahfiz Sains Darul Aman di Kulim.

“Pihak kerajaan akan sentiasa membantu sekolah-sekolah ini dengan pelbagai bantuan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Majlis Agama Islam Kedah, Yayasan Islam Negeri Kedah dan lain-lain lagi,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Jalan Empangan Pedu di sini, malam tadi.

Mukhriz berkata pengajian yang menggabungkan disiplin ilmu akademik, Arab dan hafazan al-Quran dalam peringkat pengajian menengah adalah merupakan satu bentuk pembaharuan dalam arena pendidikan di negeri ini.

Katanya diharapkan melalui penubuhan maahad tahfiz itu, prospek hufaz setiap pelajar akan digilap kebolehan diri, diserlahkan potensi melalui panduan wahyu Illahi, diterapkan pengetahuan ilmu saintifik, agar apabila mereka tamat pengajian mampu menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]sKq2D5Buub4[/wpdevart_youtube]

Tags: Mukhriz Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Najib Sekolahkan Mukhriz

04/05/2021
0

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd