• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Ambil Cap Jari Pelawat Asing Mulai Jun

oleh
29/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Di sebalik kecanggihan pasport kebanyakan negara di dunia yang menggunakan sistem biometrik, namun mulai Jun ini, semua pelawat asing yang tiba di pintu masuk Singapura akan diambil cap jari mereka.

Menteri Negara Kanan Ehwal Dalam Negeri, Desmond Lee berkata demikian sebagai menjawab soalan di Parlimen pada Rabu mengenai tahap kawalan keselamatan di sempadan dan ancaman pengganas terutama militan Daesh.

Menjawab soalan anggota parlimen Christopher De Souza dan Joan Pereira di Parlimen, beliau berkata dari segi kawalan di sempadan, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) melakukan pemeriksaan.

Ia meliputi semua pintu masuk negara itu termasuk jeti perkhidmatan feri, manakala polis pengawal pantai juga diarah meningkatkan aktiviti rondaan pemantauan di kawasan perairan Singapura dekat sempadan antarabangsa.

Pemerintah republik itu, kata Lee, turut melabur dalam teknologi terbaharu dan ini meliputi inisiatif imbasan bio untuk merakam data cap jari pendatang asing yang akan dilaksanakan di semua pusat pemeriksaan ICA tahun ini.

Polis pula dikerah meningkatkan pengawasan manakala pemasangan banyak kamera litar tertutup di blok-blok rumah pangsa milik agensi pemerintah HDB dan tempat letak kereta dijadual siap menjelang akhir tahun ini.

Bagaimanapun, Lee berkata tindakan pemerintah Singapura semata-mata tidak mencukupi – setiap orang harus berwaspada. Sekiranya serangan pengganas tiba-tiba berlaku, rakyat tambah beliau, harus kekal bersatu padu.

Berhubung soalan anggota parlimen pembangkang, Sylvia Lim berhubung tindakan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) terhadap rakyat menjadi radikal secara sendiri, Lee berkata penjelasan isu itu akan diberi esok.

Menjawab anggota parlimen, Tin Pei Ling, sama ada tenaga kerja di MHA cukup mengendalikan golongan radikal, Lee berkata ia memadai, tetapi mereka akan memanfaatkan teknologi untuk mewujudkan keupayaan baharu.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Singapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd