• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah 3 Pelajar Malaysia Terkorban Di Jordan Tiba Di KLIA

oleh Ahmad Albab
28/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Jenazah tiga pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Jordan Sabtu lepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Penerbangan Royal Jordanian, RJ185 yang membawa jenazah Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Hana’ Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie. mendarat di KLIA pada kira-kira 4.25 petang.

Ketibaan jenazah disambut beberapa pegawai dari Wisma Putra dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Jenazah Hana’ dan Al Najiatun Nailah kemudiannya diterbangkan ke Kota Baharu, Kelantan dengan pesawat MH1402 pada pukul 6.25 petang.

Dalam pada itu, van yang membawa jenazah Fatin Iqmal Idziyani dilihat keluar dari kompleks kargo KLIA pada pukul 6.15 petang dengan diiringi ibunya, Rapidah Mat Rani dan suami, Ahmad Sabri Mat Baharin.

Bercakap kepada pemberita yang menunggu di pintu masuk ke kompleks kargo itu, Rapidah, 47, berkata beliau bersyukur jenazah anaknya selamat tiba di tanah air walaupun prosesnya memakan sedikit masa.

Beliau yang masih sebak dengan insiden itu turut merakamkan penghargaan kepada MAIWP, Wisma Putra dan rakan-rakan anaknya kerana banyak bantu ketika mereka buntu memikirkan bagaimana untuk bawa jenazah pulang.

“Sebagai golongan kurang berkemampuan kami buntu dan risau memikirkan soal itu, namun bersyukur kerana MAIWP tampil menghulurkan bantuan dalam urusan membawa pulang arwah,” katanya.

Rapidah berkata jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah dekat sini untuk disembahyangkan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Lenggong, Perak untuk dikebumikan.

Ketiga-tiga pelajar tahun tiga Universiti Mu’tah, Jordan itu maut dalam kemalangan jalan raya di Ashrafiyeh, wilayah Mafraq ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu program keagamaan.

Kerajaan Kelantan dan MAIWP dilaporkan membiayai kos penghantaran pulang kesemua jenazah pelajar itu ke Malaysia. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]hzO5eOocFF0[/wpdevart_youtube]

Tags: kemalanganpelajar Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd