• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjelajah British, Henry Worsley Maut Dalam Misi Tawan Antartika

oleh AK-47
30/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pengembara lagenda dari Britain, Henry Worsley dilaporkan maut dalam percubaan solonya untuk menjadi orang pertama merentasi benua ais paling sejuk di dunia, Antartika.

Worsley berusia 55 tahun merupakan bekas pegawai tentera British menghembuskan nafas terakhir selepas diterbangkan ke sebuah hospital di Puntas Arenas, Chile, akibat komplikasi kegagalan paru-paru selepas dijangkiti kuman yang teruk.

Dia yang merupakan bapa kepada dua cahaya mata dikatakan dijangkiti kuman bakteria “peritonitis“ (jangkitan bakteria di dalam abdomen) selepas berjalan kira-kira 1,469.3 kilometer merentasi Kutub Selatan, yang mana hanya berbaki 48 kilometer sahaja untuk sampai ke destinasi penamat ekspedisinya.

henry2

Ketika kejadian, dia berada di dalam hari ke-71 dalam percubaannya memecahkan rekod yang pernah dilakukan oleh pengembara British dikenali sebagai Shackleton pada awal tahun 1900 yang juga gagal.

Bagaimanapun, beliau akhirnya terpaksa ‘menyerah kalah’ dan meminta bantuan akibat mengalami masalah kesihatan yang serius.

Kata-kata akhir Worsley di Antartika: “Hari ke-71 berseorangan di Antartika selepas lebih 1448.4 km sudah direntasi dan kini kekuatan dan kudrat fizikal saya hari ini sampai di akhirnya, dengan penuh dukacita saya melaporkan pengembaraan ini sudah berakhir, biarpun sudah semakin hampir dengan matlamat saya,”.

Putera Diraja British, Putera Wiliiam yang merupakan penaung Ekspedisi Solo Worsley berkata, beliau dan adindanya Putera Harry begitu sedih dengan berita berkenaan.

“Beliau adalah seorang lelaki yang penuh semangat dan kesungguhan, kami begitu berbangga kerana mengenali beliau,” kata baginda.

270116Worsley_1-556x500
Gambar terakhir Worsley yang dirakam pada 21 Januari lepas.

Isteri Worsley, Joanna berkata beliau amat sedih ketika memaklumkan kematian suaminya.

“Dengan penuh kesedihan, saya maklumkan suami saya Henry Worsley sudah meninggal dunia akibat kegagalan organ selepas pelbagai usaha dilakukan pasukan penyelamat ekspedisi ALE dan pasukan parubatan di Clinica Magallanes di Chilie,” kata Joanna dengan penuh nada hiba.

Gambar terakhir Worsley adalah pada 21 Januari lepas iaitu ketika hari ke-69 ekspedisi di mana tiga hari selepas itu, dia terpaksa diterbangkan ke hospital yang kemudiannya meninggal dunia.

Ekspedisi Tawan Kutub Selatan Berjalan Lancar

Shahrom Berjaya Tamatkan Misi Kutub Selatan

Misinya bermula 13 November tahun lalu membawa bekalan makanan mampu bertahan selama 80 hari, minyak dan peralatan survival dengan berat keseluruhan lebih 150 kilogram; dua kali ganda berat badannya sendiri.

Matlamat mendiang ialah untuk merentasi jarak sejauh 1,000 batu (1,609.34km) merentasi kawasan yang tiada hidupan selain mengumpul dana bagi meraih kira-kira £100,000 untuk membantu ramai pesara tentera Britain.

Namun pada saat-saat akhir penjelajahan, Worsley dikhabarkan telah dilanda cuaca buruk, kehilangan lebih 22.7 kilogram dan patah sebatang gigi akibat menggigit makanan yang sudah beku. – MYNEWSHUB.CC

Baca: Hebat! Anak Melayu Santai Di Kutub Selatan Pakai Kain Pelikat

Tags: Ekspedisi Jelajah Kutub SelatanKutub Selatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Hampir Putus Asa dan Menangis – Shahrom Abdullah

17/02/2016
0

KESUKARAN untuk bernafas di dalam cuaca sejuk melampau sehingga -27 darjah Celsius membuatkan penjelajah negara ke Kutub Selatan, Shahrom Abdullah,...

Hebat! Anak Melayu Bersantai Di Kutub Selatan Pakai Kain Pelikat

26/01/2016
0

SEMUA sudah maklum bahawa Kutub Utara dan Kutub Selatan merupakan ceruk benua paling sejuk di dunia. BACA: Shahrom Berjaya Tamatkan Misi Kutub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd