• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembayaran BR1M 2016 Mulai 28 Januari

oleh Ahmad Albab
28/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 akan bermula pada Khamis.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata pemberian BR1M 2016 bagi kategori isi rumah dan warga emas akan diagihkan sebanyak empat peringkat setahun.

Ia bermula 28 Januari, 28 April, 23 Jun dan terakhir pada 28 September.

Bagi penerima di bawah kategori individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM400 sekali gus mulai esok.

“Ini (pemberian BR1M) bagi memastikan penerima dapat membuat perancangan perbelanjaan dengan lebih baik khususnya dalam membeli barangan keperluan dapur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pembentangan Bajet 2016, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pemberian BR1M 2016 dan penerusan Skim Khairat Kematian (SKK).

Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000 manakala isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800 pada tahun ini.

Satu kategori baharu diperkenalkan iaitu bagi semua penerima dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah RM1,000 akan menerima BR1M sebanyak RM1,050.

Ahmad Husni berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.

Bagi mereka yang tidak mengemukakan maklumat akaun bank, baucar BR1M akan diedarkan kepada penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja, katanya.

Bagi SKK, beliau berkata bantuan sebanyak RM1,000 akan diberi kepada waris penerima BR1M di bawah kategori isi rumah dan warga emas.

Ahmad Husni berkata tuntutan SKK boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN dengan mengemukakan dokumen kematian yang sah dan kad pengenalan asal waris dan hanya waris yang dinamakan di dalam borang sahaja yang layak untuk menuntut SKK.

Bagi penerima yang belum mengemaskini maklumat waris, pengemaskinian boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhampiran, katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta email kepada: [email protected] – BERNAMA

[wpdevart_youtube]FjUdQOS5rKQ[/wpdevart_youtube]

Tags: BR1M
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd