• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pengurus Akaun Dilepas Tuduhan Keluarkan Wang Pengasas D’Herbs

oleh Ahmad Albab
27/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas pengurus akaun pengasas produk kecantikan dan kesihatan D’Herbs daripada tiga pertuduhan mengeluarkan wang tunai daripada akaun bank milik pengasas syarikat itu, Julai tahun lepas.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membuat keputusan itu terhadap Hasliani Hashim, 37, selepas Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin memaklumkan pihaknya telah menerima representasi daripada tertuduh supaya pertuduhan ke atasnya digugurkan.

Ahmad Zuhaini berkata pada masa sama pengadu, iaitu Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, yang merupakan pengasas produk D’Herbs, turut menarik balik kes itu.

“Berdasarkan arahan yang diberi daripada Timbalan Pendakwa Raya Kanan, pohon tarik balik ketiga-tiga pertuduhan ke atas tertuduh,” katanya ketika kes itu disebut hari ini.

Pada 22 Okt tahun lepas, Hasliani mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan mengeluarkan wang tunai melalui tiga transaksi menggunakan kad ATM Al Rajhi Bank milik Aliff Syukri, 28, berjumlah RM4,500, tanpa kuasa daripadanya.

Hasliani didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di Mesin ATM Al Rajhi, Setia City Mall, Setia Alam, di sini masing-masing pada pukul 2.27 petang, pukul 2.28 petang dan pukul 2.29 petang, 30 Julai lepas.

Bagi kesemua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM150,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, suami tertuduh, Dahlan Muh Darwis, 36, memberitahu pemberita bahawa Aliff Syukri menarik balik kes itu tanpa sebarang syarat.

“Saya memang berterima kasih banyak pada Datuk (Aliff Syukri) dengan penarikan balik kes ke atas isteri saya tanpa syarat. Saya memang terhutang budi dengan Datuk, memang tak boleh dibayar (dengan wang ringgit),” kata ahli geologi itu.

Sementara itu Hasliani pula kelihatan gembira serta tersenyum namun enggan ditemu bual dan hanya mengucapkan terima kasih. – BERNAMA

Tags: aliff syukrimahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd