• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Menunjukkan Anda Hanya Perlu 4 Kenalan Sahaja Di FB

oleh AK-47
28/01/2016
dalam Gajet, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUNGKIN kadar ‘friends‘ di laman facebook anda mempunyai jumlah yang ramai namun tahukah anda menurut sebuah kajian, hanya 4 kenalan  rakan sahaja diperlukan di laman sosial tersebut.

Analisis pada tahun 2014 menunjukkan secara purata jumlah rakyat Malaysia mempunyai 233 teman Facebook.

Kajian ini menunjukkan purata ini adalah lebih tinggi dari kebanyakkan negara lain.

Tetapi pernahkah anda terfikir berapa ramai teman siber anda yang benar-benar boleh dianggarkan di dunia sebanar?

Memetik portal CNET, kajian yang diterbitkan oleh jurnal The Royal Society mendapati anda sebenarnya mungkin hanya memerlukan empat orang teman di Facebook.

Kajian ini dilakukan oleh  Robin Dunbar, seorang ahli psikologi dari Universiti Oxford.

Beliau melakukan kaji selidik ke atas 3375 responden yang mempunyai purata 150 teman di Facebook, apabila di dalam situasi “krisis emosi”, secara purata empat orang teman diperlukan untuk menenangkan situasi.

Purata 15 orang teman pula diperlukan di dalam situasi memerlukan simpati. Menurut Robin Dunbar jumlah teman atas talian yang boleh diandalkan di dalam situasi kecemasan ini adalah berpadanan dengan teman dunia sebenar.

Sungguhpun anda mungkin mempunyai ramai kawan di Facebook, jumlah teman sebenar adalah kecil sama seperti di dunia sebenar.

Kami bersetuju dengan kajian ini kerana walaupun mempunyai ratusan teman, apabila memerlukan bantuan hanya tiga orang sahaja yang kami rasakan akan merenangi lautan api untuk membantu.

Di dalam situasi kecemasan dua tahun yang lalu, tiga orang insan inilah yang berterusan memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral. Jadi kita harus sentiasa beringat bahawa ratusan ribu pengikut Twitter, Instagram, Vine, Youtube dan Facebook sebenarnya tidak bermakna.

Hanya teman dunia sebenar yang anda kenali di dunia analog yang akan membantu anda di dunia sebenar.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: CNET

Tags: facebookkajian sosial
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kewujudan akaun palsu menggunakan nama Tokmat Hasan. Beliau yang juga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd