• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Sumbangan Dana Dilakukan Secara Teliti, Menyeluruh

oleh Ahmad Albab
27/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siasatan yang membawa kepada penemuan Peguam Negara berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion dilakukan secara teliti dan menyeluruh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata setiap bukti dan perkara berkaitan, disiasat dengan mendalam.

“Tiada siapapun harus mempersoalkan proses undang-undang kita atau kecekapan dan kebebasan institusi di Malaysia,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pada sidang media di Putrajaya hari ini, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tiada apa-apa kesalahan jenayah dilakukan Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri.

Beliau berkata siasatan mendapati amaun didepositkan adalah sebanyak RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi pada 2013, dan daripada jumlah itu sebanyak RM2.03 bilion telah dikembalikan semula kepada penyumbang pada tahun yang sama.

Seperti telah dijelaskan, kata Ahmad Zahid tiada syarat dikenakan dengan derma yang telah dibuat kepada Najib secara peribadi, iaitu ia dibuat daripada kepercayaan kepada beliau dan kepimpinannya berhubung isu-isu utama.

“Saya mengetahui perkara ini selepas bertemu sendiri dengan penderma yang dimaksudkan. Perdana menteri memilih sendiri untuk menggunakan sumbangan (itu) untuk kepentingan parti dan keperluan masyarakat di seluruh Malaysia,” katanya.

Sambil berkata isu itu terlalu banyak menghabiskan masa, Ahmad Zahid berharap ia tidak diungkit lagi.

“Kita mesti bersatu dan bergerak ke hadapan di bawah kepimpinan perdana menteri untuk Malaysia.

“Beliau adalah orang yang amat bersesuaian untuk membawa kita mengharungi kemelut ekonomi global semasa dan ancaman keselamatan yang dihadapi kini,” katanya.

Ahmad Zahid seterusnya berkata ahli politik sentiasa bersedia untuk diserang oleh musuh-musuh yang ingin merosakkan reputasi dengan tuduhan palsu untuk menidakkan mereka.

“Bagaimanapun, adalah salah untuk merosakkan reputasi kerajaan dan negara untuk kepentingan politik peribadi. Kepentingan negara perlu mengatasi kepentingan peribadi,” tegasnya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]fHVtVzM-bwk[/wpdevart_youtube]

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd