• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Malaysia Maut Dirempuh Tren Bawah Tanah Di London

oleh Ahmad Albab
28/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Seorang pelajar Malaysia maut selepas dilanggar tren bawah tanah di stesen Marble Arch, di sini, pada petang Isnin.

Dalam kejadian itu jam 6.26 petang, Muhamad Aaron Maseri, 22, pelajar Universiti Middlesex, dilaporkan dilanggar tren ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di laluan Central ketika waktu puncak.

Mengikut laporan akhbar The Standard, jurucakap Pengangkutan London, berkata mangsa masih hidup sejurus dilanggar namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba bagi merawat mangsa.

Kejadian itu juga turut menyebabkan beberapa perjalanan tren ditangguhkan bagi membolehkan pihak bomba dan polis menjalankan siasatan di lokasi berkenaan.

Sementara itu, pihak Polis Trafik British, berkata hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kemalangan.

Akhbar itu juga memetik kenyataan seorang saksi, Chris Green yang berada dalam tren berkenaan berkata beliau mendengar pemandu membunyikan hon sebelum tren berkenaan diberhentikan secara tiba-tiba.

“Saya melihat melalui cermin tingkap dan melihat ramai orang berlari ke arah laluan keluar platform,” katanya.

Katanya, beliau dan penumpang lain diarah keluar daripada stesen berkenaan bagi membolehkan pasukan paramedik menjalankan tugas menyelamat mangsa.

Setakat ini, ibu bapa mangsa yang sedang berada di London, bagi menghadiri majlis konvokesyen abangnya juga sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Jenazah yang kini ditempatkan di rumah mayat Westminster untuk proses bedah siasat dijangka dibawa pulang ke Malaysia pada Khamis ini. – BHarian Online

[wpdevart_youtube]f7nShIHaw_8[/wpdevart_youtube]

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd