• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Sumbangan Dana Selesai, Kini Masa Bergerak Ke Hadapan

oleh Ahmad Albab
26/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata berikutan isu sumbangan kini selesai sepenuhnya, sekarang masanya bagi rakyat Malaysia untuk bersatu dan bergerak ke hadapan.

Perdana menteri berkata isu berkenaan telah menjadi gangguan tidak wajar terhadap negara ini.

Dalam entri terbaru akaun Facebooknya, Najib memberi keutamaan untuk Malaysia bergerak ke hadapan.

“Saya akan menggandakan tumpuan saya terhadap isu-isu yang menjadi keutamaan Malaysia, terutama memerangi ancaman pengganas dan mengukuhkan ekonomi ketika berdepan cabaran global,” katanya.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan jenayah berkaitan siasatan kes SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank perdana menteri.

Bercakap di Putrajaya, Mohamed Apandi berkata siasatan mendapati amaun yang didepositkan adalah sebanyak RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi
daripada kerabat diraja Arab Saudi pada 2013, dan daripada jumlah itu sebanyak RM2.03 bilion telah dikembalikan semula kepada penyumbang pada tahun yang sama.

“Tiada apa-apa kesalahan jenayah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini berhubung hasil siasatan kes berkenaan.

Najib berkata beliau mengalu-alukan kenyataan Mohamed Apandi berhubung perkara itu.

“Hasil keputusan itu adalah menerusi siasatan terperinci oleh pelbagai institusi berkaitan, dan beliau mengesahkan apa yang saya pertahankan selama ini – tiada kesalahan jenayah dilakukan,” kata perdana menteri.

Najib berkata beliau sedar bahawa pembiayaan politik merupakan topik yang menjadi perhatian orang ramai.

Katanya sebab itu beliau memulakan cadangan pembaharuan dana politik pada 2010, tetapi malangnya ia dibantah oleh pembangkang pada masa itu.

“Bagaimanapun, saya mengarahkan mereka mengusulkan semula (cadangan itu) untuk dibincangkan,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]MEY3ERxkOzM[/wpdevart_youtube]

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd