• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Lelaki Rompak RM1.6 Juta Di Jalan Klang Lama

oleh Ahmad Albab
26/01/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol dan parang menyamun dua pekerja syarikat pengedar emas dan melarikan wang tunai RM1.6 juta di Jalan Klang Lama di sini hari ini.

Insiden berlaku pada pukul 10 pagi ketika kedua-dua pekerja itu termasuk seorang pengawal keselamatan dalam perjalanan menghantar wang jualan emas milik syarikat itu ke sebuah bank di Taman Desa di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Sharul Othman Mansor berkata mereka yang masing-masing menaiki motosikal kemudian dihampiri 11 lelaki dalam sebuah kereta dan lima motosikal.

“Seorang daripada penunggang motosikal itu kemudian bertindak melanggar motosikal dinaiki pengawal keselamatan berusia 54 tahun sebelum kumpulan itu mengacukan pistol dan pisau rambo ke arah kedua-dua mangsa.

“Selepas itu, mereka merampas beg galas mengandungi wang tunai itu daripada pekerja syarikat yang berusia 32 tahun,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sharul Othman berkata wang itu adalah hasil kutipan jualan syarikat sejak Jumaat lepas.

Menurutnya akibat perlanggaran itu pengawal keselamatan berkenaan patah bahu kiri manakala satu lagi mangsa cedera ringan di siku kanan.

Beliau berkata nombor pendaftaran salah sebuah motosikal yang digunakan kumpulan perompak itu telah dikenal pasti manakala lakaran fotofit bagi tiga suspek juga sudah diperoleh.

Pihak forensik juga sedang mengesan cap jari suspek selain meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian, katanya.

Sharul Othman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Bk4NXkm7qas[/wpdevart_youtube]

Tags: rompakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Bersenjata Di Gaza Rompak Cawangan Bank Of Palestine

Kumpulan Bersenjata Di Gaza Rompak Cawangan Bank Of Palestine

04/05/2024
0

PARIS : Kumpulan bersenjata di Gaza, merompak Bank of Palestine kira-kira 70 juta Shekal (RM89 juta), lapor akhbar harian Perancis...

Dua Lelaki Rompak Kedai Emas Ketika Solat Jumaat Diburu

13/05/2022
0

PETALING JAYA: Ketika orang ramai sibuk menunaikan solat Jumaat, dua lelaki dipercayai mengambil kesempatan untuk melakukan rompakan di sebuah kedai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd