• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengganas Daesh Tak Didorong Ideologi Agama

oleh Ahmad Albab
26/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengganas Daesh adalah penjenayah dan gerakan mereka tidak didorong oleh ideologi Islam, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

“Mereka hanyalah kumpulan penjenayah… mereka yang berjaya diradikalisasikan merupakan manusia kebanyakan, yang tidak mempunyai latar belakang agama yang kukuh,” kata Nur Jazlan di luar Persidangan Tinjauan Strategik Malaysia Ke-18 di sini hari ini.

Beliau memberitahu pemberita bahawa bakal militan tertarik dengan mesej Daesh bahawa mereka mempunyai “jalan pintas untuk ke syurga”.

Nur Jazlan berkata Kementerian Dalam Negeri sedang memantau sayap serantau Daesh selepas video bertajuk ‘Public Message for Malaysia’ (Mesej Umum Untuk Malaysia) diedarkan, yang menunjukkan anggota kumpulan militan Katibah Nusantara berucp di bawah naungan Daesh dalam bahasa Malaysia.

“Video ini hanyalah suatu ancaman untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia. Jangan lupa, mereka yang telah diradikalkan ini mungkin tidak akan melakukan suatu apa pun. Sasaran kami ialah untuk menangkap mereka yang telah diradikalkan dan berniat untuk melakukan keburukan,” katanya.

Beliau berkata militan ini sukar dijejaki kerana mereka terbahagi dalam kumpulan kecil, tidak seperti Jemaah Islamiah dan Al-Qaeda.

Bagaimanapun, polis tetap berjaya mengenal pasti dan menangkap militan Daesh ini, kata Nur Jazlan.

Beliau percaya Daesh tidak berniat untuk memberi mudarat kepada rakyat Malaysia dan mereka hanya memberi fokus kepada orang asing dan pasukan keselamatan.

“Mereka tidak berniat untuk memberi mudarat kepada penduduk tempatan. Ini akan merosakkan perjuangan mereka sendiri. Mereka ingin memberi fokus di kawasan yang mempunyai ramai orang asing serta di mana kegiatan tidak Islamik berleluasa, dan pada waktu sama, menyerang pasukan keselamatan,” kata Nur Jazlan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Rk1HWMEaNxY[/wpdevart_youtube]

Tags: Daesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd