• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permulaan Baik Jurugan Malaysia Pada Hari Pertama Piala Monsun

oleh Ahmad Albab
26/01/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Jurugan Malaysia Hazwan Hazim Dermawan memenangi perlumbaan pertama pada hari pembukaan Piala Monsun Malaysia 2015/2016 yang berlangsung di Puteri Harbour Marina, pencapaian bersejarah bagi Malaysia selepas 11 tahun, di sini hari ini.

Pelayar berusia 27 tahun dari Johor itu, yang mengemudi pasukan HazOne Racing, berjaya mencuri satu mata apabila berdepan Keith Swinton dari pasukan Black Swan Racing, dengan kelebihan 16 saat.

Pencapaian tersebut adalah yang pertama bagi pasukan Malaysia meraih satu mata selepas 11 tahun penganjuran Piala Monsun.

Walaupun Hazwan bermula agak lambat, pasukan beliau mampu mengharungi tiupan angin dan berjaya mengejar Swinton, yang merupakan pelayar berpengalaman dari Australia, untuk menamatkan perlumbaan dalam kedudukan selesa.

“Diperkuatkan dengan lima kru memberi kelebihan kepada kami berbanding pasukan lain yang menggunakan empat pelayar. Ia memberi kelebihan kepada kami dari segi tenaga kerja,” katanya kepada pemberita selepas perlumbaan, hari ini.

Hazwan berkata pasukannya perlu memperbaiki prestasi mereka terutama semasa peringkat permulaan selepas melakukan banyak kesilapan semasa perlumbaan kedua dan ketiga.

“Permulaan yang baik boleh menyumbangkan kira-kira 80 peratus terhadap kemenangan. Matlamat kami adalah meraih seberapa banyak mata selepas kemenangan pertama ini,” katanya.

Pada saingan hari ini, Hazwan turut dibantu Muhammad Shaiful Bakhtiar, Hazairul Muhammad, Muhammad Azrul Affizie dan Harrith Ammry Nassution Hairuddin.

Terdahulu, Hazwan hampir mengejutkan juara dunia lima kali, Ian Williams semasa perlumbaan kedua selepas menamatkan saingan hanya dua saat di belakang jurugan berasal dari Britain itu.

Hazwan juga terpaksa akur apabila berdepan pelayar New Zealand, Phil Robertson daripada pasukan WAKA Racing.

Bekas pelayar negara itu akan berdepan pelayar Sweden, Johnie Berntsson daripada Pasukan Layar Berntsson; Reuben Corbett (Pasukan Corbett Racing) dari New Zealand dan seorang lagi pelayar Sweden, Bjorn Hansen daripada pasukan Nautiska Racing, esok. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]i4cMxGiZNSM[/wpdevart_youtube]

Tags: Piala Monsun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Williams Tekad Kuasai Piala Monsun Malaysia

25/01/2016
0

ISKANDAR PUTERI - Juara dunia lima kali, Ian Williams berharap dapat terus menampilkan prestasi terbaik seperti dipamerkan tahun lepas, pada...

Kawalan Keselamatan Tahap Tertinggi Kejohanan Piala Monsun

25/01/2016
0

ISKANDAR PUTERI - Orang ramai tidak perlu bimbang dengan kawalan keselamatan sepanjang kejohanan Piala Monsun Malaysia berlangsung di Puteri Harbour...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd