• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Final Masters Malaysia Harus Jadi Dorongan Buat Iskandar

oleh Ahmad Albab
26/01/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin perlu menjadikan kejayaan mara ke final kejohanan badminton Masters Malaysia baru-baru ini sebagai dorongan untuk terus melakar kejayaan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata Iskandar wajar berusaha lebih gigih mempertingkatkan prestasinya agar mampu meletakkan dirinya sebaris dengan pemain terbaik dunia.

“Memandangkan umur beliau masih muda, Iskandar mempunyai peluang untuk mempertingkatkan prestasi dan memberikan saingan yang lebih baik kepada pemain senior yang lain…bukan sahaja dalam negara tetapi juga peringkat antarabangsa,” katanya.

Menurutnya, Iskandar yang akan genap berusia 25 tahun pada 24 Mei ini, perlu lebih kompetitif untuk menjadi pemain bertaraf dunia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menerima penajaan untuk Karnival Sukan MSN-Media kelapan di Casa 1, MSN Bukit Jalil hari ini.

Menyentuh mengenai keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menghantar barisan muda ke Kejohanan Berpasukan Asia (BATC) di Hyderabad, India pada 15 hingga 21 Feb depan, Ahmad Shapawi berkata keputusan itu lebih kepada rancangan jangka panjang BAM sendiri.

BATC turut dijadikan sebagai pusingan kelayakan ke Piala Thomas, yang dijadualkan pada 15 hingga 22 Mei di Kunshan, China.

“Kita harap keputusan yang dibuat itu akan membuahkan hasil…saya yakin pemain muda kita akan mendapat pengalaman bertanding di peringkat yang lebih kompetitif seperti itu,” katanya.

Sementara itu, bagi Sukan Media-MSN yang bermula 23 Jan lepas dan tamat 31 Jan ini, lebih 120 wartawan dan jurugambar sukan tanah air sekali lagi akan berkumpul dalam karnival yang memasuki edisi kelapan tahun ini.

Karnival sukan itu berlangsung di tiga gelanggang iaitu Kompleks Sukan MSN Setiawangsa (badminton), Wangsa Bowl, IOI City Mall, Putrajaya (tenpin boling) manakala bola sepak dilangsungkan di Padang Astroturf MSN, Bukit Jalil.

Pasukan yang bertanding ialah Bernama, RTM, TV3, Sinar Harian, Harian Metro, Malay Mail, Berita Harian, Astro Arena, Utusan Malaysia, Kosmo, MSN, Pejabat Menteri, Asiana.MY, Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) dan majalah FourFourTwo. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]lx55wn7V0Bw[/wpdevart_youtube]

Tags: Iskandar Zulkarnain
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iskandar Hasrat Baiki Ranking Dunia

18/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Walaupun tidak lagi di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Iskandar Zulkarnain Zainuddin yakin untuk meningkatkan ranking...

Iskandar Akur Terpaksa Bermula Daripada Bawah

03/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Akur terpaksa bermula daripada bawah, pemain perseorangan badminton, Iskandar Zulkarnain Zainuddin berazam akan manfaatkan setiap peluang kejohanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd