• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,828 Mykad Masih Belum Dituntut Di JPN Melaka

oleh Ahmad Albab
26/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sebanyak 1,828 MyKad belum dituntut di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka bagi tempoh tiga tahun sehingga hari ini, kata Pengarahnya Norazle Sulaiman.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 217 dokumen pengenalan tidak dituntut dalam tempoh tiga tahun, setahun (278 dokumen), enam bulan (250 dokumen) dan tiga bulan (1,083 dokumen).

Katanya MyKad yang dimohon perlu dituntut segera memandangkan dokumen pengenalan sementara yang diberikan hanya sah laku kira-kira tiga bulan sahaja.

“Dokumen pengenalan ini jika tidak dituntut akan menyebabkan kerajaan menanggung kerugian kerana kos menghasilkan setiap satu bukan murah, kami minta orang ramai mengambil MyKad mereka seberapa segera,” katanya kepada Bernama di sini.

Norazle berkata berdasarkan rekod JPN Melaka sebanyak 1,638 MyKad dilaporkan hilang kali pertama bagi tempoh 15 Okt hingga 31 Dis tahun lepas.

Sehubungan itu, Norazle menasihatkan pemegang MyKad supaya menjaga dokumen pengenalan agar tidak hilang bagi mengelak dikenakan denda selain disalahguna pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya denda RM100 akan dikenakan bagi kehilangan MyKad kali pertama, RM300 bagi kehilangan kali kedua manakala kehilangan kali ketiga pula akan dikenakan RM1,000 selain siasatan dijalankan terhadap pemegang MyKad itu.

“MyKad sangat penting bagi seorang warganegara Malaysia kerana ia merupakan pengenalan diri selain memudahkan mereka berurusan dengan mana-mana agensi yang memerlukan dokumen pengenalan ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Norazle berkata seorang lelaki dipercayai warga Indonesia ditahan kerana memiliki dokumen pengenalan sementara disyaki mengandungi maklumat palsu di JPN cawangan Pusat Transformasi Bandar di Jalan Hang Tuah pada 24 Jan lepas kira-kira 10 pagi.

Katanya siasatan awal mendapati lelaki berusia 37 tahun itu mengaku tinggal di negara ini sejak 12 tahun lepas tanpa dokumen perjalanan sah dan membeli dokumen pengenalan sementara daripada seorang rakan dengan harga RM1,000 di Muar, Johor pada 2012.

Kes disiasat mengikut Peraturan 25(1)(e) Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekiranya disabitkan kesalahan, katanya. – BERNAMA

Tags: JPNMyKad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPN: Penjara Tiga Tahun Jika Guna Mykad Orang Lain Beli Petrol

JPN: Penjara Tiga Tahun Jika Guna Mykad Orang Lain Beli Petrol

06/04/2026
0

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menggunakan MyKad orang lain - termasuk milik ahli keluarga...

13,632 MyKad Alami Cip Rosak Diganti Dalam 5 Hari – Saifuddin

13,632 MyKad Alami Cip Rosak Diganti Dalam 5 Hari – Saifuddin

27/09/2025
0

SANDAKAN: Sejumlah 13,632 MyKad yang mengalami kerosakan cip diganti dalam tempoh lima hari di seluruh negara sejak kerajaan mengumumkan kemudahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd