• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarif Bil Air Singapura Bakal Naik Lebih RM6 Elak Bazir

oleh
27/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Masagos Zulkifli berkata, pemerintah Singapura perlu memikirkan bagaimana ia dapat memenuhi keperluan bekalan airnya dalam jangka masa panjang.

Ini lebih-lebih dengan wujudnya cabaran lain seperti kesan perubahan iklim global. Beliau berkata demikian dalam satu sesi yang membincangkan isu semasa pemuliharaan air di republik pulau itu baru-baru ini.

Salah satu cadangan yang diusulkan ialah menaikkan lagi harga air. Menurut seorang peserta, para penduduk mungkin tidak dapat menghargai nilai sebenar air disebabkan oleh harganya yang kini masih agak murah.

Buat masa ini, agensi air negara iaitu Public Utility Board (PUB) hanya mengenakan caj domestik tarif bayaran ditetapkan pada kadar serendah S$2 (RM6) bagi setiap kubik meter air, atau bersamaan dengan 1,000 liter.

Para peserta sesi tersebut juga mencadangkan agar teknologi canggih digunakan PUB dalam memantau penggunaan air supaya setiap pengguna sedar akan jumlah air yang sudah dihabiskan mereka setiap hari.

PUB yang ditubuhkan sejak 1963 menguruskan permintaan bekalan air purata sebanyak 400 juta gelen setiap hari menerusi 17 empangan tadahan selain mengimport 40 peratus lagi daripada jirannya, Johor, Malaysia.

Untuk rekod, bil air paling rendah di dunia setakat ini di Ireland dan Turkmenistan yang langsung percuma diikuti Cuba dengan caj cuma 0.01 peso (4 sen Malaysia) dan Arab Saudi iaitu 0.11 riyal (13 sen Malaysia).

Manakala tarif air paling tinggi ialah Scotland iaitu ₤6.65 (RM40.62) bagi setiap meter padu disusuli Denmark iaitu 63.32 krone (RM39.58) dan Jerman iaitu 12.62 mark (RM31.58). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Singapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd