• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Barangan Basah Semasa Tahun Baharu Cina Mencukupi

oleh Ahmad Albab
26/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peniaga barangan basah di beberapa pasar borong di ibu kota yakin bekalan barangan basah tidak akan terjejas semasa sambutan Tahun Baharu Cina bulan depan.

Tinjauan Bernama di beberapa pasar basah di sekitar Kuala Lumpur mendapati harga barang basah juga masih terkawal walaupun permintaannya kini agak tinggi.

Peniaga ikan di Pasar Sentul yang mahu dikenali sebagai Zainol, berkata setakat hari ini, harga ikan yang dijualnya masih berpatutan.

“Harga barang tertentu biasanya ditentukan kerajaan menerusi skim kawalan harga musim perayaan dan kita mematuhinya,” katanya.

Peniaga sayur-sayuran, Ng You Loy, 52, berkata bekalan sayuran di gerai jualannya juga mencukupi bagi perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

“Setiap tahun pembekal akan sediakan bekalan yang secukupnya dan tawaran harga yang akan diberi kepada pembeli juga masih dalam lingkungan harga kawalan. Saya tak pernah naikkan harga sesuka hati,” katanya yang sudah berniaga lebih sembilan tahun di pasar borong berkenaan.

R Lechumie, 54, peniaga sayur di Pasar Borong Selayang, berkata dia memastikan bekalan jualannya mencukupi sehingga perayaan Tahun Baharu Cina nanti.

“Saya dan pembekal sudah terbiasa dengan ‘panic attack’ daripada pelanggan tidak kira latar belakang bila tiba musim perayaan untuk membeli barang keperluan seperti timun, kacang panjang, kubis dan cili merah.

“Bagaimanapun harga barang keperluan ini tidak menentu kerana dipengaruhi faktor seperti iklim, kesegaran dan harga yang ditawarkan pembekal,” katanya.

Seorang pembekal ayam segar, Zubir Mustapha, 33, memberi jaminan bahawa bekalan bagi perayaan Tahun Baharu Cina mencukupi.

“Permintaan ayam dan itik biasanya akan meningkat sedikit berbanding hari biasa tetapi masih terkawal,” katanya yang menghantar bekalannya kepada beberapa pasar borong besar di sekitar ibu negara. – BERNAMA

Tags: peniagaTahun baru Cina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

03/02/2025
0

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd