• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Williams Tekad Kuasai Piala Monsun Malaysia

oleh Ahmad Albab
25/01/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Juara dunia lima kali, Ian Williams berharap dapat terus menampilkan prestasi terbaik seperti dipamerkan tahun lepas, pada saingan Piala Monsun Malaysia 2015/2016 yang bermula hari ini.

Jurugan berasal dari Britain yang mengetuai pasukan GAC Pinder pada kejohanan sukan layar itu, berkata pasukan berkenaan berazam memberi fokus terhadap saingan tersebut, di samping berusaha menguasai venue dan bot baharu mereka.

“Kamu sudah berada di sini sejak tiga hari lepas, menyesuaikan diri dengan bot dan lokasi perlumbaan yang baharu.

“Dari segi geografi, kedua-dua lokasi (sebelum ini di Danga Bay) hampir sama, tetapi arus serta angin lebih kuat sedikit di sini.

“Saya merasakan ia satu perlumbaan yang menarik. Kami semua akan mempelajari sesuatu yang baru di sini,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kejohanan berkenaan di sini hari ini.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan merasmikan kejohanan berkenaan. Turut berangkat Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hadir sama, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Semasa majlis perasmian itu, hadirin bertafakur bagi memberi penghormatan kepada Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, yang memainkan peranan sangat penting dalam pembangunan sukan layar di Malaysia.

Dalam pada itu, Williams berkata pelayar Sweden, Bjorn Hansen dan Taylor Canfield dari Amerika Syarikat masih menjadi pencabar terkuat baginya, yang berusaha memburu kejuaraan dunia keenam pada kejohanan tersebut.

“Dari segi jumlah mata keseluruhan, kami tidak banyak beza. Setiap pasukan ini mempunyai peluang yang baik untuk muncul juara dunia,” katanya.

Beliau, bagaimanapun berkata GAC Pinder adalah pasukan paling konsisten dalam keseluruhan siri perlumbaan dunia.

Selain Williams, pasukan GAC Pinder diperkuatkan oleh Gerard Mitchell, Mal Parker, Bill Hardesty dan Matt Cassidy.

Pada masa ini, Williams memiliki kelebihan dua mata berbanding Hansen yang mengutip 88 mata, diikuti Canfield yang meraih 85 mata dalam kejohanan Jelajah Dunia.

Piala Monsun Malaysia adalah pusingan akhir siri Jelajah Dunia Match Racing (WMRT). – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ehekjDJ0LNY[/wpdevart_youtube]

Tags: Piala Monsun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Permulaan Baik Jurugan Malaysia Pada Hari Pertama Piala Monsun

26/01/2016
0

ISKANDAR PUTERI - Jurugan Malaysia Hazwan Hazim Dermawan memenangi perlumbaan pertama pada hari pembukaan Piala Monsun Malaysia 2015/2016 yang berlangsung...

Kawalan Keselamatan Tahap Tertinggi Kejohanan Piala Monsun

25/01/2016
0

ISKANDAR PUTERI - Orang ramai tidak perlu bimbang dengan kawalan keselamatan sepanjang kejohanan Piala Monsun Malaysia berlangsung di Puteri Harbour...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd