• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ingin Jumpa Semua Anggota Keluarga Permintaan Terakhir

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Tak sangka keinginan bertemu dengan semua anggota keluarga merupakan permintaan terakhirnya sebelum pergi meninggalkan kami buat selamanya,” kata sepupu kepada Affiah Ariffin Hew, 23, yang meninggal dunia susulan kemalangan ketika bermain ski di Perancis.

Kemalangan membabitkan pelajar University of Nantes itu berlaku di Nice pada Jumaat dan Affiah meninggal dunia sehari kemudian (awal pagi Ahad di Malaysia).

Mohammed Alif Mohamed Omar, 29, berkata kehilangan Affiah memberi kesan mendalam kepada seluruh anggota keluarga.

Pelajar Malaysia Di Perancis Maut Ketika Bermain Ski

“Allahyarham seorang yang sangat peramah dan sering mengambil berat tentang orang lain…dia akan membantu sesiapa sahaja termasuk rakan dan keluarga,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Kali terakhir saya berjumpa dengannya pada dua bulan lepas ketika arwah balik untuk cuti semester, arwah datang ke kedai makan saya bersama keluarganya dengan memesan pelbagai jenis makanan sehinggakan ibunya sendiri menggelengkan kepala,” kata Mohammed Alif.

Mohammed Alif berkata ibu Affiah, Latipah Madon, kini dalam usaha untuk membawa jenazah pulang untuk dikebumikan di Malaysia.

“Jika tiada masalah, jenazah Affiah akan dibawa pulang ke Malaysia dalam masa tiga hari dan terus dihantar ke rumahnya di Damansara,” katanya.

Mohammed Alif mengakui masih belum mendapat maklumat lanjut mengenai kejadian sebenar yang menimpa sepupunya itu.

Sementara itu, Kementerian Luar menerusi kenyataan hari ini mengesahkan kejadian itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Pihak kementerian sedia memberi bantuan kepada keluarga mangsa dalam proses membawa jenazah ke tanah air,” kata kenyataan itu.

Affiah merupakan anak sulung daripada dua beradik.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Pasteur di Nice selepas kemalangan itu sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]t-F08cQ_dRU[/wpdevart_youtube]

Tags: kemalanganpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd