• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Marin Patahkan Cubaan Seludup Burung Murai

oleh Ahmad Albab
25/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya mematahkan cubaan menyeludup 1,920 ekor burung murai ke negara jiran dalam operasi di perairan Pontian Kecil, dekat Pontian, malam semalam.

Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata operasi 10.30 malam itu disertai seorang pegawai dan enam anggota PPM setelah mendapat maklumat daripada orang awam.

Berdasarkan maklumat, katanya sebuah bot pancung membawa 96 kotak menyerupai sangkar burung dikesan berada di kawasan perairan berkenaan, sebelum polis bertindak mengejarnya selama 20 minit.

Bot itu, bagaimanapun dapat meloloskan diri ke perairan cetek dan daripada penggeledahan di kawasan darat di Parit Semerah, Pontian Kecil menjumpai 96 kotak sangkar dan di dalamnya terdapat 1,920 ekor burung murai (spesies yang dilindungi), katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Khiu berkata rampasan itu dianggarkan bernilai RM57,600 dan kesemua burung tersebut dibawa ke Markas Taktikal PPM Kukup untuk tindakan lanjut.

Kes itu turut diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Daerah Johor Baharu untuk siasatan di bawah Seksyen 60(2) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 kerana
memburu atau menyimpan mana-mana hidupan liar yang dilindungi. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]81ZcDx90fYY[/wpdevart_youtube]

Tags: seludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd