• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Sumbang RM20,000 Kepada Keluarga Mangsa Kemalangan

oleh Ahmad Albab
28/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyumbang wang tunai RM20,000 kepada keluarga dua mangsa kemalangan maut di Kilometer 25 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Sabtu lepas.

Sumbangan disampaikan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ketika menziarah rumah keluarga mangsa di Felda Chiku 2 dan Kampung Panggong Lalat di sini hari ini.

Di Felda Chiku 2, Abdul Azeez menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Yasin Husin, 60, bapa kepada Allahyarham Noor Azila Yasin, 27, manakala di Kampung Panggong Lalat, sumbangan disampaikan kepada Adzudin Sulaiman, bapa kepada mangsa yang cedera Mohd Hafiz Adzudin, 27, iaitu suami kepada Noor Azila.

Dalam kemalangan itu, enam sekeluarga, termasuk tiga kanak-kanak, maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan lori dekat Kampung Rantau Manis di sini.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, pemandu kereta Nur Amira Adzudin, 23, ibunya Mardiah Drani, 48, kakak iparnya Noor Azila, serta tiga anak Noor Azila, Muhammad Hadif Haykal Muhd Hafiz, 18 bulan, serta pasangan kembar Siti Badrishah Ab Rahman dan Siti Noraudah, 4, maut.

6 Sekeluarga Maut Kereta Bertembung Lori Di Gua Musang

Abdul Azeez turut menawarkan kemudahan mengerjakan haji kepada pasangan ibu bapa Noor Azila, Adzudin dan Mohd Hafiz.

Bercakap kepada pemberita, Abdul Azeez berkata pihaknya juga akan membayar upah haji bagi semua enam sekeluarga yang maut itu.

Sementara itu, Yasin terharu dan berterima kasih kepada semua pemimpin termasuk Perdana Menteri yang prihatin dengan nasib yang menimpa keluarganya.

Beliau turut bersyukur dengan kesediaan Abdul Azeez menguruskan mereka menunaikan haji.

“Saya cukup terharu dengan keprihatinan semua pihak dan memanglah saya bersama isteri telah lama bercadang mengerjakan haji dan bersyukur ia semakin dipermudahkan,” katanya.

Mohd Hafiz yang patah lengan kanan dalam kemalangan itu, melahirkan kesyukuran kerana mendapat tawaran menunaikan haji.

“Saya menyifatkan perkara itu sebagai sumbangan yang cukup besar dan saya terima dengan hati terbuka untuk menunaikan haji bersama bapa walaupun ibu meninggal dunia dalam kemalangan itu,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]OxCg6POzxRQ[/wpdevart_youtube]

Tags: kemalangan mautsumbangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Beri Sumbangan Kepada Nor Nadia

Agong, Raja Permaisuri Agong Beri Sumbangan Kepada Nor Nadia

06/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofia prihatin terhadap nasib keluarga Allahyarham...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd