• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Militan Daesh Beri Amaran, Ancam Serang Malaysia

oleh AK-47
28/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAH Putrajaya dalam memerangi puak pelampau Militan Negara Islam (IS) atau Daesh tidak disenangi oleh puak berkenaan apabila wakil kumpulan pengganas itu menghantar mesej amaran kepada Malaysia melalui video.

Dalam rakaman berbahasa Melayu bertajuk “Mesej Awam Kepada Malaysia” unit militan IS Malaysia-Indonesia yang menggelarkan diri mereka Katibah Nusantara mengancam untuk membalas dendam berikutan penangkapan ahlinya.

“Jika anda tangkap kami, kami akan terus meningkat bilangan anggota tapi jika anda biarkan kami… kita akan lebih dekat dengan matlamat untuk membawa kembali kedaulatan khalifah.

“Mereka yang menamakan kami sebagai Khawarij (ingkar), Daesh dan juga sebagai agen Mossad sebenarnya Syiah dan sekutunya.

“Kami tidak akan tunduk kepada sistem demokrasi tadbir urus kerana kami hanya akan mengikut undang-undang Allah,”  kata wakil dalam rakaman itu.

Sementara itu, sebuah lagi video berasingan yang turut menggunakan bahasa Melayu menyeru  ‘saudara’ Katibah dari Somalia iaitu Al-Shabaab untuk menyertai kumpulan mereka.

Militan Katibah berkenaan yang fasih bercakap dalam bahasa tempatan itu menggesa rakan mereka dalam Al-Shabaab menyertai ‘jihad’ mereka.

Video itu mendedahkan identiti jurucakapnya sebagai Abdul Halid Dari yang berasal dari Kedah, sambil diperhatikan seorang lagi anggota militan, Mohd Nizam Arifin.

Dalam pada itu Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin menyifatkan kumpulan Katibah sebagai kurang ajar.

Datuk-Ayob-Khan-Mydin-PitchayISIS

“Ia juga membuktikan bahawa IS, terutamanya golongan Katibah memandang negara kita sebagai sekular dan oleh itu menjadikan kerajaan dan rakyat sebagai sasaran.

“Tidak syak lagi ia sebagai langkah membalas dendam terhadap tindakan pasukan keselamatan kami kepada mereka,” katanya kepada The Star.

Berikutan itu, bahagian anti pengganas akan lebih berhati-hati dengan amaran tersebut bagi mengelak sebarang serangan pada bila-bila masa.

Merujuk kepada video yang ditujukan kepada Somalia pula, Ayob Khan berkata Abdul Halid mampu berbahasa Melayu dan beliau mengesyaki ada rakyat Malaysia menganggotai Al-Shabaab.

“Ini adalah satu perkembangan baru yang menunjukkan lebih ramai penglibatan rakyat Malaysia dalam kumpulan pengganas,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DaeshISISMilitan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

18/05/2024
0

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd