• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurus Syarikat Balak Cuba Rasuah Renjer Didenda RM20,000

oleh Ahmad Albab
26/01/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pengurus syarikat pembalakan hari ini, didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku salah terhadap pertuduhan pilihan cuba memberi rasuah kepada seorang renjer perhutanan pada Oktober tahun lalu.

Hakim Habibah Mohamed Yusof juga memerintahkan tertuduh Pee Hong Seng, 40, dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda itu. Tertuduh membayar denda itu.

Pee didakwa cuba memberi rasuah RM10,000 kepada renjer Dahalan Yusof yang bertugas di Unit Penguatkuasaan Pahang Barat, Rotan Tunggal di Raub pada 6 petang, 22 Okt lalu di bilik 106, Hotel Inderapura, Jerantut.

Suapan itu ditawarkan sebagai dorongan supaya Dahalan tidak menahan atau mengambil tindakan ke atasnya bagi kesalahan memindahkan dan mengeluarkan kayu balak atau hasil hutan dari tanah rizab.

Tertuduh yang beralamat di Segamat, Johor ditangkap pada 22 Okt lalu, kira-kira lima jam selepas Dahalan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pee didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya hukuman denda yang rendah diberikan atas alasan dirinya sudah tiga bulan tidak bekerja dan perlu menanggung seorang isteri dan empat orang anak yang masih bersekolah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Syafinas Shabudin.

Mengikut fakta kes, tertuduh mahu memberi suapan itu selepas seorang pekerja syarikat pembalakan itu didapati menebang pokok di luar kawasan lesen, tetapi Dahalan menolaknya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]nWAXGrnMh2w[/wpdevart_youtube]

Tags: rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd