• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Pegawai Malaysia Periksa Serpihan Pesawat – Polis Thai

oleh Ahmad Albab
26/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Empat pegawai Malaysia dipercayai daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tiba di Nakhon Si Thammarat hari ini untuk memeriksa serpihan dipercayai daripada bangkai pesawat yang ditemukan di pantai wilayah itu.

Ketua Polis Daerah Pak Phanang, Thanyapat Pattikongsan yang mengesahkan perkara itu berkata, keempat-empat pegawai itu tiba di tempat serpihan itu ditemukan pada pukul 10 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia), dan beredar kira-kira sejam kemudian.

“Mereka (pegawai dari Malaysia) meluangkan kira-kira sejam di kawasan itu, memeriksa serpihan dan mengumpulkan bukti sebelum meninggalkan tempat itu.

“Pegawai berkenaan tidak memberikan butiran mengenai tugas mereka,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurutnya, keempat-empat pegawai itu tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Nakhon Si Thammarat, pagi tadi.

Semalam, penduduk tempatan yang tinggal di kawasan pantai di wilayah selatan Thailand itu melaporkan penemuan objek logam besar berukuran dua meter lebar dan tiga meter panjang, yang dipercayai daripada bangkai kapal terbang.

Penemuan serpihan itu menimbulkan spekulasi dalam kalangan media yang mengaitkannya dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Pesawat itu membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal.

Semalam Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman menghubungi pihak berkuasa Thailand tentang penemuan objek itu.

Sementara itu, di pantai Pa Thya, Pak Phanang hari ini, lokasi penemuan objek dipercayai serpihan kapal terbang berkenaan, usaha media tempatan untuk menemu bual keempat-empat pegawai Malaysia itu gagal.

Mereka juga enggan mendedahkan identiti kepada media tempatan.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka hanya mengesahkan segala maklumat dan bukti yang dikumpulkan hari ini akan dianalisis lebih lanjut oleh pasukan pakar di Kuala Lumpur.

Tugasan memeriksa objek dan mengumpul bukti di pantai Pa Thya itu turut dibantu pegawai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Thailand serta pasukan keselamatan negara itu.

Menurut DCA Thailand, serpihan itu akan dibawa ke Bangkok hari ini untuk dilakukan analisis oleh pakar.

Timbalan Pengarahnya, Amphawan Wannako memberitahu Bernama, mereka juga membincangkan kemungkinan menghantar gambar serpihan itu kepada syarikat Boeing atau Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB), Amerika Syarikat untuk penjelasan lanjut.

“Kami akan bincangkan kemungkinan ini,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]2UPifxvjNGw[/wpdevart_youtube]

Tags: MH370pesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd