• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Ditahan Semula Berhubung Kes Bauksit

oleh Ahmad Albab
26/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang peguam yang dibebaskan selepas tahanan reman empat hari ke atasnya tamat hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah perlombangan bauksit di Kuantan, Pahang, telah ditahan semula.

Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya berkata peguam itu dibebaskan oleh ibu pejabat SPRM di sini kira-kira 10.30 pagi ini dan ditahan semula oleh pegawai SPRM cawangan Kuantan pada kira-kira 12.40 tengah hari.

“Peguam itu dibawa ke pejabat suruhanjaya di Kuantan. Ia dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan kes perlombongan bauksit secara haram di Kuantan,” katanya.

Peguam tersebut antara empat individu yang dibebaskan SPRM selepas tempoh tahanan reman empat hari mereka berakhir hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah perlombongan bauksit di Pahang.

Selain peguam itu, turut direman seorang Datuk juga bekas pegawai kanan sebuah agensi kerajaan, seorang wanita yang juga pekerja sebuah syarikat perlombongan, dan seorang penjawat awam yang juga pegawai kanan di Jabatan Mineral dan Geosains Pahang.

Mereka yang berusia antara 34 hingga 42 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 iaitu menggunakan dokumen yang mengandungi maklumat palsu berkaitan perlombongan bauksit di Pahang. – BERNAMA

Tags: bauksitPeguam
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd