• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Kelantan, Timbalan Menteri Ucap Takziah

oleh Ahmad Albab
24/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga tiga pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jordan, semalam.

“Saya merakamkan ucapan takziah terutama kepada Ustaz Azhar Salleh, Pegawai Kelantan di Timur Tengah dan juga Ustaz Mohd Safie Ismail, Pengetua Maahad Tahfiz Berangan Tumpat di atas pemergian anak perempuan mereka dalam dalam kemalangan di Mafraq, Jordan,” katanya dalam kenyataan.

Pelajar yang terkorban itu dikenal pasti sebagai Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz dari Kuala Lumpur dan Hana’ Azhar serta Al Najiatun Nailah Mohd Safie, kedua-duanya dari Kelantan.

Dua pelajar Malaysia yang terselamat ialah Izzam Hasif yang cedera di kaki dan patah tangan serta Fatin Noor Syahirah yang cedera di muka dan rahang.

Dalam kenyataan sama, Ahmad turut mengucapkan takziah kepada keluarga enam sekeluarga termasuk bayi kecil yang maut dalam nahas di Jalan Gua Musang-Kuala Krai semalam.

Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, pemandu kereta Nur Amira Azudin, 23, ibunya Mardiah Drani, 48, kakak iparnya Noor Azila Yasin, 27, serta tiga anak saudaranya, Muhammad Hadif Haykal Muhd Hafiz yang berumur setahun enam bulan, serta pasangan kembar Siti Badrishah Ab Rahman dan Siti Noraudah, 4, maut.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga pelajar yang maut di Jordan itu.

“Saya juga ingin menasihatkan pelajar kita di sana untuk lebih berhati-hati untuk menghindari insiden seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Watikah Pelantikan Guru Kelas Pengajian Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Parlimen Kuala Krai di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Pahi, di sini, Ahad. – BERNAMA

Tags: Ahmad Yakobkemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd